Selasa, 11 Ogos 2009

MASAM MANIS


Salam setulus kasih buat semua teman pembaca...(",)

Lama rasanya x melakar karya di alam maya ni..hehe..
erm..bumi kinanah kini dalam kesibukan keluar natijah..selang banyak hari jugak nak keluar natijah baru...semalam keluar natijah thn 1 syariah..baru2 ni thn 1,2,3 lughah..tak lama lepas ni natijah kuliah lain plak la...

Berdebar rasanya kan bg sapa yg blom kluaq natijah...ala kulli hal..berdoalah selagi ada masa..doa itukan senjata org mukmin...:)

Apa pun...TAHNIAH buat semua teman-teman yang telah berjaya..moga2 kejayaan yang diterima menjadi pemangkin diri untuk terus berjaya dengan lebih cemerlang..jangan merasa cukup dengan kecemerlangan itu semata-mata..terus giatkan diri untk dapat natijah yang lebih cemerlang..

CEMERLANG DIRI CEMERLANG ISLAM..

Namun ingatlah teman-teman,

Kejayaan kita bukan pengukur kejayaan hari esok kerana kejayaan juga ujian dari Allah menguji keimanan seorang hamba pada Khaliqnya..mana tahu mgkn esok kejayaan itu Allah beri pada orang lain,Allah uji pula diri kita dengan kegagalan..nauzubillahi min zalik..Disitu teruji sejauh mana sabar dan redha seorang hamba..

adakah bertambah imannya pada Khaliq @ semakin bongkak dia dengan kejayaan yang dikecapi..
adakah dia Bersyukur dengan kejayaan yang diterima @ tidak..
adakah dia berkongsi ilmu yang diterima bersama teman-teman yang kurang @tidak..itu juga salah satu tanda syukur kita..


Jadinya kepada temen-teman yang sudah berjaya, bantulah teman-teman yang kurang memahami dalam subjek2 yang dia mahir..usah biarkan ilmu itu hanya tersimpan di minda kalian..curahkan sekadar yang termampu...InsyaAllah ilmu kalian akan semakin berkembang bukan semakin berkurang...kerana setiap apa yang kita dapat di dunia ini bukan untuk diri kita semata-mata tetapi untuk kita kongsikan bersam teman-teman lain..disitulah ukhwah kan tersemi indah bersulam keimanan kepada Kahliqnya...:)

Kepada yang kurang bernasib baik...rezeki kalian bukan xada tp mungkin Allah tangguhkan buat sementara waktu..mgkn tahun depan Allah limpahkan rezeki kalian dengan kejayaan yang lebih cemerlang...yang penting usaha kena sungguh2 bukan main2 dh...

stduy biar strunggle,konsisten n fokus bukan struggle tp x konsisten n x fokus

Apa pun kejayaan itu hak mutlak Allah kan...kita yang kena usaha lebih..untuk berjaya dengan cemerlang..namun kejayaan itu kadang datang tanpa kita duga kerana ianya hak milik Allah..

Sepertimana Firman Allah yang bermaksud

"sesungguhnya allah memberi kepada sesiapa yang dikehendaki tanpa dihisab @ dihitung"

k,la dh lama berceloteh ni...

lastly...

MABRUK BUAT SEMUA YANG BERJAYA..& TERSKAN USAHA SELAGI TERDAYA DAN SEHABIS BAIK.. BUAT TEMAN-TEMAN YANG BELUM BERJAYA...SABAR DAN REDHALAH PADA SETIAP KETENTUAN KERANA DIA TAHU HAMBANYA...YANG PENTING BANYAKKAN BERDOA,MEMOHON HARAP HANYA DARINYA BUKAN PADA MANUSIA KERANA DIA PENCIPTA MANUSIA...

SALAM PERJUANGAN BUAT PEJUANG ILMU DI BUMI KINANAH...USAH BERUNDUR SEBELUM BERTEMPUR..
BUAT SEHABIS BAIK & SEDAYA MAMPU UNTUK CEMERLANG DI LAPANGAN ILMU...(",)