Ahad, 10 Januari 2010

RAHSIA SQ3R

Assalamualaikum......

Moga kalian pembaca sentiasa di bawah lembayung rahmat Ilahi n diberkati setiap gerak langkah kalian di muka bumi ini....

pohonan maaf buat kalian kerana lama bolg ni tak update....hehehe:)

kesempatan yang ada ni , diri yang dhoif ingin berkongsi sedikit ilmu buat kalian

Memandangkan kini bahang imtihan makin terasa di kalangan penuntut ilmu bumi kinanah ini , ingin rasanya berkongsi sedikit ilmu dari saya...

RAHSIA SQ3R

Kaedah ini sesuai digunakan buat penuntut ilmu yang ingin mentelaah kitab arab khususnya buku akedemik amnya....

Lazimnya penuntut ilmu kinanah kurang memahami @ kurang menguasai bacaan kitab yang dimiliki menyebabkan kadang2 tekanan imtihan mengundang stress pada jiwa insan kembara ilmu...

kaedah ini saya temui tika saya tahun 1 dibumi kinanah ini dan sehingga sekarang kaedah ini begitu memberi kesan kepada bacaan saya kerana cara ini meyebabkan saya cepat menguasai kitab....percaya @ tidak.. kalian perlu cuba...belum cuba belum tahu....Syukur saya panjatkan pada Ilahi kerana telah menemukan saya dengan kaedah ini...tanpa izinNya belum tentu saya temuinya...

S= SERVEY :

Membaca terlebih dahulu isi kandungan kitab dan mengenal pasti tajuk besar dan topik kecil yang ada dalam kitab .Dengan cara ini kita dapat mengenalpasti perjalanan kitab secara menyeluruh sekaligus sudah membaca kitab secara dasar sebanyak sekali..

Q= QUESTION :

Setelah itu tandakan tajuk besar dan tajuk kecil tadi dengan menggunakan simbol khusus pada setiap tajuk . Contoh : tajuk besar menggunakan sticker merah kesemuanya manakala tajuk kecil pula menggunakan sticker hijau..dsbg.Sticker tersebut letakkan ditepi kitab bukan dalam kitab supaya bila hendak membaca kitab kita boleh lihat secara rambang tajuk2 yang ada.begitu juga tajuk2 kecil didalam tajuk kecil...terpulang kepada kalian ingin menggunakan simbol warna apa..Manakala bagi nombor yang ada dalam kitab, pastikan punya simbol yang khusus supaya kita tidak terkeliru apabila membaca.Pengkelasan ini akan memudahkan kita memahami kitab dengan cepat...Tandakan kesemua tajuk2 tadi sehingga habis 1 kitab tersebut bukan hanya pada tajuk tertentu sahaja..ibaratkan kita membaca kitab sudah 2 kali..

R = READ

Mula membaca keseluruhan kitab.Ketika ini kalian boleh menandakan point penting yang ada pada kitab dan simbol2 khusus untuk setiap tajuk kecil dalam tajuk kecil.Contohnya : untuk ayat Allah tandakan dengan warna tertentu , begitu juga hadis Nabi , nama penyair , nama ulamak dsbg...sekiranya terdapat kalimah yang tak tahu makna jangan tulis makna dibawah kalimah sebaliknya dan seeloknya tulis diruang kosong bahagian atas kitab.Seandainya kalimah tersebut jumpa buat kali kedua tidak perlu tulis buat kali kedua cuma selak pada helaian yang ditulis tadi sahaja sehinggalah ke helaian terakhir...tentunya disana kalian akan mendapati kalimah yang tidak difahami semakin kurang...Cara ini akan menajamkan fikiran kita kerana setiap kali terjumpa kalimah yang sama kita akan cuba mengingati maknanya secara tidak langsung tanpa perlu menulis semula.Baca setiap inci isi dalam kitab tanpa perlu meninggalkan walau sepatah perkataan supaya kefahaman kita terhadap kitab jelas dan terang disamping dapat mengusai kitab tersebut.Bacaan untuk kali ketiga.

R = REVIEW

Mengulangi bacaan selepas membaca ( menghafal ) dengan cara membuat nota.Nota tersebut bukan hanya ditulis tapi sebenarnya nota tersebut adalah hasil dari hafalan kita.Dengan cara ini dapat meningkatkan daya kekuatan hafalan kita.Bacaan untuk kali keempat.

R= RECALL

Ualngi bacaan ketika hampir peperiksaan..terpulang ingin mengulang sehingga berapa kali pun tidak kisah asal apa yang dibaca dapat difahami dan dingati dengan baik dalam minda..

Begitulah caranya....Setiap individu punya gaya bacaan tertentu namun cara ini hanya ingin buat teman yang belum lagi menemui cara yang efektif untuk membaca, memhami dan menguasai kitab secara langsung.Moga 2 dengan sedikit perkongsian ilmu ini dapat membantu kalian pembaca yang bergelar penuntut ilmu untuk berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran

Akhir kalam....CEMERLANGKAN DIRI ANDA UNTUK ISLAM TERCINTA...KECEMERLANGAN ITU PERLU DIBINA DARI KELAINAN BUKAN DARI KEBIASAAN ORANG..SALAM IMTIHAN BUAT SELURUH PENUNTUT AZHAR DI BUMI KINANAH INI....SIRU ALA BARAKATILLAH...(",)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan