Ahad, 28 Jun 2009

FESYEN DAN KEHIDUPAN

Seketika perjalananku di Heliopolis bersama teman-teman ,hati ini berdetik untuk mencoret rasa yang terbungkam di kamar kalbu pada coretan tintaku kali ini.Lewat mataku menyaksikan deretan kedai-kedai baju yang terhias indah di kaki lima kedai,akal yang dikurniakan oleh Allah ini berfikir lagi..inginku melontar bicara rasa buat teman pembaca…

Mungkin coretanku kali ini sekadar berbasa-basi namun disana sebenarnya rasa di hati ini begitu melonjak untuk melakar tinta baru..walaupun jarak penulisanku lewat posting lalu agak dekat..tetapi sebenarnya mungkinlah tabiat diri ini agaknya yang suka menulis..Hehe..

Postingku kali ini sebenarnya kusisipkan tajuk bicara fesyen dan kehidupan kita sebagai hambaNya…Entah kenapa tajuk ini jadi pilihanku..niatku cuma ingin berpesan buat teman-teman walaupun hakikat diri ini punya banyak kelemahan yang tercipta.Malahan mungkin teman-teman pembaca lebih baik dari diriku yang dhoif ini sebenarnya..

namun demikian sebagai hambaNya dimuka bumi ini dan kita saudara seagama sepertimana sabda Nabi yang bermaksud : ‘orang itu seprti binaan, dia menguatkan setengahnya dengan setengah yang lain”

oleh kerana itu jua jemariku begitu lancar menarikan langkahannya pada keyboard agar apa yang terbungkam dihati terluah dek kerana rasa bersalah andai diri ini tidak member teguran dan nasihat kerana ilmu yang kupelajari bukan hanya untuk diriku semata-mata malahan ianya jua untuk dikongsikan bersama dan menegur andai ada silap dikalangan teman-teman.

Bila diamati perjalanan hidup sebagai mahasiswa mahasiswi azhar , hati ini terasa sedih seketika..terasa hiba entah kenapa..sedih bila memikirkan..mungkin disana kalian pembaca merasakan diri ini terlalu memikir dan sensitive.Tetapi sebenarnya kita sebagai orang yang mendalami ilmu agama sepatutnya merasa sensitif dengan topik yang inginku bicarakan kali ini..
Mengapa ku mengatakan begtu???

Persoalan ini perlukan jawapan dan kalian tidak perlu untuk memberi jawapannya kepadaku…cukup sekadar teman pembaca tepuk dada tanyalah iman..
Teman pembacaku..

Kita sebagai penuntut ilmu di bumi kinanah ini , seringkali menadah kitab menelaah pelajaran berkaitan hukum agama antaranya yang kita pelajari tentang cara berpakain yang dianjurkan dalam Islam agar ianya jadi panduan hidup kita..namun disana fikiranku seringkali mengundang persoalan tika aku menyaksikan babak-babak kehidupan manusia terpelajar yang seringkali menjadikan fesyen semasa sebagai gaya hidupnya.

mengapa ilmu itu tidak terpraktik???
Adakah salah guru yang mengajar kerana tidak berkesan?
adakah kerana tidak ada penghayatan dari ilmu yang dipelajari?
Adakah memikirkan takut dikata orang jumudnya diri kerana tidak mengikut perkembangan semasa?
Dimana letaknya ilmu yang kita pelajari andai ianya tidak diterjemahkan dalam kehidupan kita seharian?

kita sebagai hambaNya bukanlah maksum seperti Nabi..kita adalah manusia yang sering lupa.oleh kerana itu Allah ajarkan kita untuk bertaubat bila melakukan kesalahan.tetapi ilmu itu andai kita tidak mampu lakukan semua jangan tinggal semua.
keberkatan ilmu yang dipelajari sebenarnya bilamana ilmu itu diamalkan dalam kehidupan.barulah disana kita tidak lupa apa yang dipelajari.niatkan jua kerana Allah pasti ada ganjaran disisiNya.

Bila sebut tentang fesyen, kita pasti terbayang pakaian yang cantik2..yang mengikut perkembangan semasa..mengikut fesyen semasa.kadang2 kita teruja untuk mencuba fesyen pakaian yang diiklankan di dalam televisyen..mengikut cara berpakaian pelakon yang kita gemari tetapi pernahkah kita terfikir..adakah fesyen tersebut bertepatan dengan kehendak syarak? Bertepatan dengan ilmu yang kita pelajari sebelum ini? Adakah fesyen tersebut mengikut sunnah Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam? Adakah fesyen tersebut membentuk biah solehah di persekitaran kita, sesejuk mata memandang?

Pernahkah kita terfikir begitu?

Teman-temanku..
Ketika kalian memilih cara berpakaian
Letakkanlah akalmu dihadapan bukan nafsu dihadapan akalmu
kerana akal itu sebenarnya pendidik nafsu ke arah yang lebih baik
akal itu ibarat seorang abang @ kakak yang mendidik adiknya kearah yang lebih baik
manakala nafsu pula ibarat adik yang perlu mendengar nasihat dari kakak @ abangnya agar hidupnya terurus dengan baik sekalipun kekadang kehendaknya tidak terpenuhi..

nasihatku buat teman-teman

Tidak salah mengikut peredaran fesyen semasa tetapi ingatlah kalian.. fesyen yang dianjurkan oleh AL-QURAN & SUNNAH itu lebih baik bukan menjadikan wanita itu jumud malahan menjaga keselamatan wanita sebenarnya dari gangguan yang tidak sepatutnya , fesyen Islam itu menjadikan pandangan kita sejuk mata memandang , rasa tenang bila melihat , rasa perhambaan kepada Khaliqnya..

Ingatlah teman-temanku

Wanita itu fitnah dunia dan sebaik-sebaik wanita adalah wanita solehah..


Akhir kalam jutaan kemaafan ku pohon andai bicaraku kali ini mengundang rasa ketidakpuasan hati di benak teman-teman.diri ini sebenarnya hanya ingin mengajak kalian mengamalkan cara berpakaian mengikut ISLAM dan bertepatan syarak.tiada niatku menghujum sesiapa @ menghina sesiapa pun.

‘Janganlah kalian melihat pada siapa yang berkata tetapi lihatlah pada apa yang dikata’ – hukama’

HIASILAH PERIBADIMU DENGAN SUNNAH RASULMU YANG TERPUJI KERANA BAGINDA IKUTAN TERBAIK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan