Jumaat, 29 Mei 2009

RAHSIA MADU

Semusim lalu ,saya telah mengikuti satu kursus yang dianjurkan oleh PMRAM..KURSUS PERUBATAN ISLAM…kursus ini anjuran bersama syarikat Herba Perubatan Alwahida ( HPA ).saya agak tertarik dan rasa terpanggil untuk mengikuti kursus ni walaupun ketika itu kekangan kewangan begitu menghimpit diri dengan wang pendaftaran kursus yang agak mahal.Ala kulli hal Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah kurinakan pada saya hasil yang didapati amat memuaskan.

Ketika kursus ni saya temui satu rahsia yang suatu ketika dulu saya sendiri tidak menggemarinya..Selepas dari kursus tu saya rasa bersyukur sangat sebab Allah izinkan saya untuk terima ilmu Dia..Alhamdulillah sehingga kini ilmu tu jadi rutin hidup saya ketika diuji dengan kesakitan…Memandangkan semusim permukiman saya disini memerlukan ongkos yang banyak untuk sara hidup sebagai penuntut ilmu..Allah temukan saya dengan anugerahNya..khazanah alam ,raja ubat sepertimana al- Quran juga punya hati iaitu surah Yasin…Begitu juga dalam bab kesihatan.Madu adalah raja segala ubat..Minuman madu inilah yang jadi teman saya (ubat ) ketika sakit dan menjimatkan kos kewangan untuk kesihatan saya.Alhamdulillah kesannya memuaskan tanpa perlu berjumpa dengan doktor.

Sebenarnya bila kita terokai khazanah alam ciptaan Allah ini pasti kita akan merasa betapa kerdilnya diri jika dibandingkan dengan penciptaan Allah ini…Dia Maha Agung Maha Perkasa pada segalanya.Diantara khazanah alam yang ingin saya kongsikan bersama teman pembaca budiman adalah MADU LEBAH ASLI..

Seluruh isi alam yang tercipta di muka bumi ini adalah hak milik Allah subhanahu wataala dan agama Islam merupakan penutup bagi semua agama dimuka bumi ini sepertimana firman Allah di dalam surah al-Maidah ayat 3 yang bermaksud
“ Pada hari ini telah kusempurnakan untuk kamu agamamu , dan telah kucukupkan kepadamu nikmatKu dan telah kuredhai Islam itu jadi agama bagimu”

Diantara khazanah alam dan makhluq yang begitu bermanfaat kepada manusia adalah lebah yang manisannya(madu) mampu mengubati segala penyakit.Makhluq ciptaan Allah ini juga sentiasa bertasbih kepada khaliqNya tanda syukur atas nikmatNya.Lihat betapa Agung dan Azhimnya ciptaan Allah hatta haiwan pun berzikir kepada Allah apatah lagi kita sebagai hamba yang mengaku beriman dengan Allah dan Rasulnya serta diberi akal fikiran yang waras berbanding dengan haiwan yang hanya diberi otak sahaja tanpa akal sepatutnya kita lebih banyak berzikir kepada Allah tanda syukur kita kepada Alkhaliq.

Madu merupakan makanan yang sangat berkhasiat. Alquran mengiktirafnya sebagai syifa’ Iaitu penyembuh penyakit sepertimana Allah telah berfirman didalam surah An-Nahl ayat 68-69 yang bermaksud :s
“Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah “buatlah sarang-sarang di bukit-bukit,di pohon-pohon kayu dan di tempat-tempat yang dibikin manusia.kemudian makanlah dari tiap-tiap buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu ).Dari perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya , didalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang berfikir”

Manisan madu digelar ‘Raja Ubat’ kerana dapat menyembuhkan pelbagai penyakit dan makanan untuk kesihatan keseluruhannya.Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin,mineral,protein,antiseptic dan enzim yang meningkatkan daya ingatan dan kecerdasan mental individu serta mengandungi pelbagai zat galian seperti kalsium,fosforus,sulfur,zat besi,karbon,magnesium,potassium (kalium),kuprum,silica,klorin,manganese,belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental.

Bahan mineral dan vitamin yang terdapat didalam madu asli amat diperlukan oleh tubuh badan:
1) Menolong menghilangkan kepanasan badan,suara serak,mencerdaskan otak,melembapkan kerongkong.
2) Meningkatkan keupayaan tenaga dalaman.
3) Melancarkan sistem pencernaan,baik untuk kecantikan dan menjadikan kulit lebih licin & halus(awet muda).
4) Menyelaraskan peredaran darah,berkesan terhadp tumbesaran remaja dan kanak-kanak secara normal.
5) Meningkatakan daya ketahanan badan(tenaga) dan mencegah selesema.
6) Mempercepatkan penyembuhan luka terbuka,luka terbakar yang kecil dan melawan jangkitan serta mencegah parut.
7) Mengatasi masalah sembelit,angin,demam,batuk,cirit birit, dan sebagainya lagi

Rasulullah s.a.w telah bersabda “Siapa yang ingin menghafal hendaklah dia minum manisan madu”
Menurut Dr Paul Gold,seorang professor psikologi dari Universiti of Virginia “Manusia dapat mengingati sesuatu perkara dengan lebih baik selepas mereka mengambil glukos,sejenis gula yang terdapt didalam madu”.
Madu didapati berkesan untuk menghilangkan kepenatan kerja otak seperti berfikir,membaca,merancang dan bermesyuarat.Disamping itu dapat menghilangkan letih badan dan mengembalikan tenaga dengan segera.

Sabda Rasulullah s.a.w “Demi Allah yang didalam genggamanNya ,minumlah madu.malaikat akan memohon rahmat kepada penghuni rumah yang ada madu didalamnya.Jika seseorang itu minum madu,seribu ubat akan masuk ke perutnya dan sejuta penyakit akan keluar darinya”.Rasulullah sendiri mengamalkan minum segelas air sejuk yang dicampurkan dengan madu ketika perut masih kosong.Jika dilihat dari fakta barat,setiap pagi dan sebelum tidur kita digalakkan meminum air suam panas untuk melancarkan perjalanan darah dan awet muda.Kita tidak menyangkal fakta ini tetapi sebenarnya fakta ini diseleweng oleh barat bagi mengelirukan umat Islam dari mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.Hakikatnya, dengan meminum segelas air sejuk (bukan yang disejukkan) dapat menghindar segala penyakit dari badan,manakala pada waktu malam sebelum tidur kita barulah digalakkan meminum air suam untuk melancarkan perjalanan darah.Sebelum tidur kita disarankan minum madu dengan segelas air suam untuk mendapat kerehatan yang maksima pada keesokan harinya dan juga tidur yang nyenyak(deep sleeping).

Madu yang paling berkualiti adalah madu yang dikeluarkan pada musim bunga seterusnya musim panas dan yang kurang kualiti adalah madu yang dihasilkan pada musim sejuk.

CARA MENGETAHUI KEASLIAN MADU

Madu yang paling baik adalah berwarna hitam,manakala madu putih melambatkan penyembuhan luka.Bagi mengelakkan dari ditipu dengan keaslian madu,disini dibutirkan beberapa ciri keaslian madu
1) Pastikan madu berada di dalam botol kaca, tidak diletakkan didalam peti sejuk untuk mengelakkan hilang keasliannya.
2) Tiada buih-buih kecil dibahagian atas atau bawah madu,sekiranya ada tandanya madu tersebut telah dicampuri bahan lain seperti air,gula,atau madu tersebut sudah terdedah kepada ruang udara lembap.
3) Setelah beli,sekiranya madu tersebut didatangi semut dan bergula setelah dibuka tandanya madu tersebut telah dicampurkan dengan gula untuk memaniskannya oleh pihak tertentu.


CARA MINUM MADU YANG BETUL

Sepertimana kita sedia maklum, madu sifatnya panas,namun di sana terdapat cara-cara untuk menyejukkan dan memanaskannya.Sebelum itu sediakan gelas kaca dan sudu plastik terlebih dahulu.

Badan Panas :(kebiasaan badan kita panas kerana kita mamalia)

contoh sakit ;demam,selesema,batuk,sakit tekak dan sebagainya
Jadikan madu sejuk;caranya masukkan 3 titik madu(satu perempat sudu) kedalam gelas,kemudian masukkan air suam seeloknya seperti teh tarik(berbuih),kemudian kacau kiri(lawan pusingan jam) sambil membaca
1) Al-Fatihah 1x (ummul Furqan)
2) Al-Ikhlas 3x (ibarat seperti membaca 30 juzuk Al-Quran)
3) Selawat syifa’ 3x (kerana Allah suka benda yang ganjil)
4) Doa agar penyakit sembuh dan diberi kesihatan yang baik
5) Kemudian hembus bacaan tadi (hembusan biasa jangan sampai terkeluar air liur) ke dalam air madu

Badan Sejuk : sakit yang melibatkan bahagian perut

Contoh sakit : senak perut,sembelit,angin,cirit-birit,dan sebagainya.
Jadikan madu panas ; caranya masukkan air kemudian masukkan 3 titik madu seperti cara sebelum ini kemudian kacau air tadi ke kanan(ikut pusingan jam) sambil membaca seperti bacaan sebelum ini.

ianya akan meningkatkan suhu kepanasan badan sekiranya kita kurang minum air masak.Satu sudu sama dengan larian 8km, sekiranya kita minum madu 1 sudu,madu tersebut akan bertindak balas terhadap badan kita selepas 8 jam kita minum madu tersebut.Berbanding kita minum madu hanya 3 titik iaitu seperti cara di atas maka, madu tersebut akan bertindak balas segera selepas kita minum.

Cara pengambilan madu boleh dijadikan amalan harian kerana ianya sangat baik untuk badan kita bagi mengeluarkan toksid yang berkumpul didalam badan dan membuang penyakit,elok untuk kecerdasan otak dan ketajaman minda.Sekiranya badan kurang sihat terus mengambil madu berselang 4jam sekali minum manakala sekiranya sakit yang dialami agak teruk,minum madu selang 2jam sekali.InsyaAllah dengan hanya 1-3kali minum badan akan sihat semula disamping meletakkan keyakinan kita hanya kepada Allah.Jangan biarkan sakit melarat baru mengambil madu kerana pengambilan madu akan bertambah sehingga melebihi 3 kali minum…tetapi ianya bukan menjadi satu kesalahan cumanya penyembuhan sakit agak lambat sembuh..Apa pun banyakan berdoa pada Allah agar sihat disamping usaha dan ikhtiar kita untuk sembuh.

TINDAK BALAS MADU

Setelah minum madu,ianya akan beri tindak balas segera kepada badan.Cara madu bertindak balas adalah dengan mengeluarkan bahan kumuh yang terdapat di dalam badan melalui qubul dan dubur.Minuman madu yang pertama akan memberi tindak balas semakin teruk.Tetapi jangan risau atau panik setelah 3 kali minum,insyaAllah badan kita akan sihat.Yakin dengan Allah kerana madu adalah khzanah alam ciptaan Allah yang mana penghasilannya daripada lebah yang sentiasa berzikir kepada Allah.ingatlah!Allah Maha Mengetahui dan Berkuasa segalanya.Disamping itu juga secara tidak langsung kita telah mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.

Hakikatnya kejadian alam ini tersimpan 1001 rahsia yang kita tidak mengetahui,ilmu yang ada difikiran kita hnayalah ibarat setitik air di lautan yang luas.Saya tidak menafikan ubatan kimia yang terdapat di pasaran, namun disana saya menyarankan kepada pembaca budiman agar memberikan suntikan asli ke dalam badan kita sebelum bahan kimia.Keaslian itu lebih baik dari tiruan.Ubatan kimia hanya menahan sakit bukan membuang penyakit.

Akhir kalam,saranan dari saya.. minumlah madu dan jadikan minuman harian kita.Walaupun ianya dipandang enteng oleh sesetengah pihak namun hakikatnya disana terdapat banyak manfaat yang boleh diperolehi.Jadikanlah makananmu sebagai ubat dan ubat sebagai makananmu.Kesihatan amat penting untuk dipelihara kerana apabila badan kurang sihat susah untuk kita menunaikan amanah sebagai hambaNya dan juga khalifah dimuka bumi ini.Sakit itu ujian Allah tetapi disana kita sebagai hambaNya perlu berikhtiar untuk sihat.oleh itu,jagalah kesihatan diri.

SUMBER RUJUKAN;
1) Al-Quran
2) Hadis
3) HPA Industries

CARA MINUM MENGIKUT RASULULLAH S.A.W

Rasullah Sallahualaihiwasallam amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk. Amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah Sallahualaihiwasallam juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi. Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:

1. Menghilangkan balqham (kahak/lendir)
2. Mencuci perut
3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal di dalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar
4. Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu
5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati. Rasullah juga suka minum air yang telah disimpan semalaman di dalam suatu bekas.


Minuman Manis dan Sejuk

Aisyah (radhiayallahuanha) meriwayatkan bahawa: "Diantara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah suka minuman manis dan sejuk" Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar). Di dalam suatu doa Rasullah ada menyebut
"Ya Allah kurniakanlah saya dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta, anak dan cintaku kepada air sejuk"

Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar. Adapun minuman jika terkumpul didalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan. Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanaan yang masuk ke dalam tubuh lalu menyalurkannya ke seluruh anggota badan.


Ringkasan adab minum

1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan
2. Bacalah " Bismillah"
3. Minum dengan tiga nafas
4. Minum dalam keadaan duduk
5. Jangan bernafas kedalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ketempat lain.
6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah
7. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri
8. Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain. Hadis menyatakan bahawa saki baki air minuman seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit
9. Jangan terus minum selapas selesai mengerjakan kerja-kerja berat

WANITA ACUAN AL-QURAN

wanita Acuan Al-Quran
Ialah Seorang wanita Yang Beriman
Hatinya Disaluti rasa Taqwa Kepada Allah SWT
Sentiasa Haus Dengan Ilmu
Sentiasa Dahaga Dengan Pahala
Solatnya Adalah Maruah Dirinya
Tidak Pernah Takut Berkata Benar
Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu

wanita Acuan Al-Quran
Ialah wanita Yang Menjaga tutur katanya
Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya
Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya
Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya YangPelindung
Mempunyai Ramai Kawan
Dan Tidak punya Musuh Yang Bersifat Jembalang

wanita Acuan Al-Quran
Ialah wanita Yang Menghormati ibubapanya
Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga
Bakal Memelihara Keharmonian Rumahtangga
Bakal Mendidik Anak-Anak
Dan membantu suami mendalami Agama Islam
Auratnya hanya dikhaskan buat suami tercinta
Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan
Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara MenungguAkhirat

wanita Acuan Al-Quran
Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya
Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran
Dan Mencontohi Sifat Rasulullah SAW
serta wanita sufi yang digariskan dalam kalamullah
Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara
Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah KeAtasnya

wanita Acuan Al-Quran
Tidak Pernah Membazirkan Masa
Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca
Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir
Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan
Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan
Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan

wanita Acuan Al-Quran
Sentiasa Mengingati Mati
Baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat
Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga
Meneruskan Perjuangan Islam

Wanita Acuan Al-Quran
Yang Tidak MudahTerpesona Dengan Buaian Dunia
Kerana Dia Mengimpikan Syurga
Di Situlah Rumah Impiannya Bersama lelaki Acuan Al-Quran ganjaran ALLAH SWT.

ISLAM ITU TINGGI ,TIADA YANG TINGGI SELAINNYA...
hiasilah dirimu dengan ciri-ciri murni berlandaskan anjuran ISLAM..
SEBAIK PERHIASAN DUNIA ADALAH WANITA SOLEHAH....