Ahad, 28 Jun 2009

ANTARA BIDADARI DAN PENGHUNI SYURGA

Wahai kakakku,
Kenapakah lemah sangat kaum hawa itu?
Asyik berteman tangis dan sendu sahaja

Wahai adikku
Bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya
Tapi disitulah wahai adikku
Kekuatan bisa melebur ego seorang lelaki
Menjadi izzah yang paling gah
Bahkan lebih gah dari egonya seorang lelaki
Kerana sendu rayunya
Musa Alaihissalam terselamat dari kekejaman Firaun

Duhai adikku
Lembut wanita itu bukan lemah
Tapi senjata
Namun wahai kakakku
Wanita itu fitnah dunia
Pernahkah adikku mendengar
Pesanan ilahi pada hambaNya
“wahai lelaki yang beriman
Tundukkanlah pandanganmu dan tutupkanlah auratmu”

Cuba adik nilai
Pada siapa terlebih dahulu Allah dahulukan pesananNya?
Pada hamba yang bergelar Ar-rijal
Kerana andai si lelaki menjaga pandangannya
Maka tidaka mungkin telihat akan wanita
Yang menjadi fitnah pada dirinya
Dan, tidakalah Allah lupakan pesanan
Buat wanita
Agar memelihara auratnya
Kerana disitulah kehormatannya
Bukan fitnah semata-mata jikalau rijal dan nisa’
Sama-sama mematuhi pesanan Ilahi itu
“sesungguhnya wanita yang beriman
Yang solehah itu lebih baik dari ribuan lelaki yang soleh

Tetapi kakakku
Kenapa wanita itu jadi peragaan?
Tidakkah mereka merasa malu

Wahai adikku sayang
Al-haya’ (sifat malu)
Ada dalam diri setiap insane
Wujudnya seiring nafas insani

Dan , al-haya’ itulah pakaian iman
Pada diri wanita itu
Indah al-haya’ pembenteng diri
Namun
Bilamana al-haya’itu lebur
Imannya runtuh
Kenapa mereka meralakan diri jadi peragaan
Kerana mereka sebenarnya paranoid
Merasakan diri belum cukup menarik
Mereka sebenarnya yang kalah dari segi psikologi
Namun adikku
Wanita solehah itu pasti melindungi diri
Dari perbuatan murka itu

Wahai adikku
1001 keindahan penciptaan manusia
Pandai-pandailah dikau menilai
Antara permata dan debu kilauan pasir

Wahai adikku
Janganlah adik gusar
Tatkala tiada lelaki yang hadir memetikmu
Dan jangan engkau sesekali merendahkan dirimu
Menggugurkan diri , menyembah tanah
Sedangkan engkau sebenarnya
Telah Allah jadikan begitu tinggi martabatmu..

FESYEN DAN KEHIDUPAN

Seketika perjalananku di Heliopolis bersama teman-teman ,hati ini berdetik untuk mencoret rasa yang terbungkam di kamar kalbu pada coretan tintaku kali ini.Lewat mataku menyaksikan deretan kedai-kedai baju yang terhias indah di kaki lima kedai,akal yang dikurniakan oleh Allah ini berfikir lagi..inginku melontar bicara rasa buat teman pembaca…

Mungkin coretanku kali ini sekadar berbasa-basi namun disana sebenarnya rasa di hati ini begitu melonjak untuk melakar tinta baru..walaupun jarak penulisanku lewat posting lalu agak dekat..tetapi sebenarnya mungkinlah tabiat diri ini agaknya yang suka menulis..Hehe..

Postingku kali ini sebenarnya kusisipkan tajuk bicara fesyen dan kehidupan kita sebagai hambaNya…Entah kenapa tajuk ini jadi pilihanku..niatku cuma ingin berpesan buat teman-teman walaupun hakikat diri ini punya banyak kelemahan yang tercipta.Malahan mungkin teman-teman pembaca lebih baik dari diriku yang dhoif ini sebenarnya..

namun demikian sebagai hambaNya dimuka bumi ini dan kita saudara seagama sepertimana sabda Nabi yang bermaksud : ‘orang itu seprti binaan, dia menguatkan setengahnya dengan setengah yang lain”

oleh kerana itu jua jemariku begitu lancar menarikan langkahannya pada keyboard agar apa yang terbungkam dihati terluah dek kerana rasa bersalah andai diri ini tidak member teguran dan nasihat kerana ilmu yang kupelajari bukan hanya untuk diriku semata-mata malahan ianya jua untuk dikongsikan bersama dan menegur andai ada silap dikalangan teman-teman.

Bila diamati perjalanan hidup sebagai mahasiswa mahasiswi azhar , hati ini terasa sedih seketika..terasa hiba entah kenapa..sedih bila memikirkan..mungkin disana kalian pembaca merasakan diri ini terlalu memikir dan sensitive.Tetapi sebenarnya kita sebagai orang yang mendalami ilmu agama sepatutnya merasa sensitif dengan topik yang inginku bicarakan kali ini..
Mengapa ku mengatakan begtu???

Persoalan ini perlukan jawapan dan kalian tidak perlu untuk memberi jawapannya kepadaku…cukup sekadar teman pembaca tepuk dada tanyalah iman..
Teman pembacaku..

Kita sebagai penuntut ilmu di bumi kinanah ini , seringkali menadah kitab menelaah pelajaran berkaitan hukum agama antaranya yang kita pelajari tentang cara berpakain yang dianjurkan dalam Islam agar ianya jadi panduan hidup kita..namun disana fikiranku seringkali mengundang persoalan tika aku menyaksikan babak-babak kehidupan manusia terpelajar yang seringkali menjadikan fesyen semasa sebagai gaya hidupnya.

mengapa ilmu itu tidak terpraktik???
Adakah salah guru yang mengajar kerana tidak berkesan?
adakah kerana tidak ada penghayatan dari ilmu yang dipelajari?
Adakah memikirkan takut dikata orang jumudnya diri kerana tidak mengikut perkembangan semasa?
Dimana letaknya ilmu yang kita pelajari andai ianya tidak diterjemahkan dalam kehidupan kita seharian?

kita sebagai hambaNya bukanlah maksum seperti Nabi..kita adalah manusia yang sering lupa.oleh kerana itu Allah ajarkan kita untuk bertaubat bila melakukan kesalahan.tetapi ilmu itu andai kita tidak mampu lakukan semua jangan tinggal semua.
keberkatan ilmu yang dipelajari sebenarnya bilamana ilmu itu diamalkan dalam kehidupan.barulah disana kita tidak lupa apa yang dipelajari.niatkan jua kerana Allah pasti ada ganjaran disisiNya.

Bila sebut tentang fesyen, kita pasti terbayang pakaian yang cantik2..yang mengikut perkembangan semasa..mengikut fesyen semasa.kadang2 kita teruja untuk mencuba fesyen pakaian yang diiklankan di dalam televisyen..mengikut cara berpakaian pelakon yang kita gemari tetapi pernahkah kita terfikir..adakah fesyen tersebut bertepatan dengan kehendak syarak? Bertepatan dengan ilmu yang kita pelajari sebelum ini? Adakah fesyen tersebut mengikut sunnah Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam? Adakah fesyen tersebut membentuk biah solehah di persekitaran kita, sesejuk mata memandang?

Pernahkah kita terfikir begitu?

Teman-temanku..
Ketika kalian memilih cara berpakaian
Letakkanlah akalmu dihadapan bukan nafsu dihadapan akalmu
kerana akal itu sebenarnya pendidik nafsu ke arah yang lebih baik
akal itu ibarat seorang abang @ kakak yang mendidik adiknya kearah yang lebih baik
manakala nafsu pula ibarat adik yang perlu mendengar nasihat dari kakak @ abangnya agar hidupnya terurus dengan baik sekalipun kekadang kehendaknya tidak terpenuhi..

nasihatku buat teman-teman

Tidak salah mengikut peredaran fesyen semasa tetapi ingatlah kalian.. fesyen yang dianjurkan oleh AL-QURAN & SUNNAH itu lebih baik bukan menjadikan wanita itu jumud malahan menjaga keselamatan wanita sebenarnya dari gangguan yang tidak sepatutnya , fesyen Islam itu menjadikan pandangan kita sejuk mata memandang , rasa tenang bila melihat , rasa perhambaan kepada Khaliqnya..

Ingatlah teman-temanku

Wanita itu fitnah dunia dan sebaik-sebaik wanita adalah wanita solehah..


Akhir kalam jutaan kemaafan ku pohon andai bicaraku kali ini mengundang rasa ketidakpuasan hati di benak teman-teman.diri ini sebenarnya hanya ingin mengajak kalian mengamalkan cara berpakaian mengikut ISLAM dan bertepatan syarak.tiada niatku menghujum sesiapa @ menghina sesiapa pun.

‘Janganlah kalian melihat pada siapa yang berkata tetapi lihatlah pada apa yang dikata’ – hukama’

HIASILAH PERIBADIMU DENGAN SUNNAH RASULMU YANG TERPUJI KERANA BAGINDA IKUTAN TERBAIK

Rabu, 24 Jun 2009

GUNAKAN MASA SEBAIKNYA...:)

assalamualaikum...

salam ukhwah buat semua teman pembaca budiman...(^_^)

fatrah imtihan berlalu sudah , kini tiba pula musim percutian buat seluruh mahasiswa mahasiswi azhar setelah hampir sebulan @ lebih bertungkus lumus memerah otak mengingati fakta dan point penting yang perlu diingati..

ala kulli hal, moga2 percutian kali ini terisi dengan perkara yang berfaedah buat diri kita tanpa membiarkan masa itu berlalu sepi tiada manfaat..

masa itu ibrat emas..seperti mana firman ALLAH dalam surah Al - Asr yang bermaksud :

'Demi masa. Sesungguhnya manusia didalam kerugian. kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan kepada kebenaran dan berpesan dengan kesabaran'

sesungguhnya Allah telah bersumpah didalam surah tersebut..DEMI MASA...disini dapat kita simpulkan betapa masa itu begitu penting bagi seorang manusia yang hidup diatas muka bumi Allah ini..masa sebenarnya kehidupan yang kita lalui seharian..


sesungguhnya hidup kita cuma 3 hari sahaja jika dihitung secara singkat dan boleh dikatakan logik akal.cuba kita renungkan..

kita ada
hari semalam yang berlalu sebagai kenangan
hari ini pula kenyataan yang mesti ditempuhi
esok adalah impian yang belum nyata


sesungguhnya ajal maut jodoh pertemuan adalah aturan Khaliq yang Maha Agung. Dia Pencipta manuasia dan seluruh isi alam ini namun siapalah kita hendak melawan setiap ketentuanNya tetapi bukan bermakna segala yang berlaku adalah satu ketetapan darinya yang tidak boleh berubah..ketentuan itu boleh berubah bilamana ada usaha ikhtiar dan doa dari kita sebagai hambaNya..setiap yang berlaku adalah ujian Allah kepada hambaNya untuk menguji tahap kesabaran & keimanan seorang hamba kepada khaliqnya..Dia menguji sejauh mana kecintaan kita kepada Pencipta Cinta diantara manusia..cinta ilahi sesuatu yang hakiki yang tiada siapa mampu menyangkalnya..

Oleh kerana itu terdapat kalam hukama' mengatakan

beribadatlah kamu seumpama esok kamu akan mati manakala
hiduplah kamu seumpama hidup selamanya..


hidup ini bertambah berkat bilamana waktu yang ada isisi kita dipenuhi dengan perkara yang bermanfaat kepada diri kita dan juga agama Islam yang suci ini..keberkatan waktu itu akan nampak ketika mana kita merasakan lambatnya perjalanan masa dari sedetik demi sedetik..

berbahagialah orang yang mendapat keberkatan waktu tersebut.Sebaliknya waktu yang sia-sia bilamana hidup kita hanya diisi dengan lena yang panjang, menonton cerita yang tiada manfaat pada diri dan juga tiada motif dan moral yang boleh diambil..

Isilah detik waktu kalian dengan perkara yang bermanfaat..kerana perjalanan waktu yang berlalu tidak akan berulang kembali..jangan kita menyesali detik waktu yang berlalu dek kerana kesalahan itu adalah berpihak pada diri bukan pada waktu yang berlalu.Ini kerana Allah itu Maha Adil lagi Maha bijaksana.Setiap aturanNya ada hikmah yang tersembunyi..

akhir kalam ...buat semua teman pembaca..dan seluruh mahasiswa mahasiswi yang bermukim di ardhil kinanah ini..suka untuk saya mengambil kesempatan waktu kelapangan yang ada ini untuk saya titipkan kalam sebelum tinta ini bernoktah..

waktu itu kehidupan kita,
hiasilah waktu penuh manfaat
sisipkan selalu detik waktumu untuk agamamu jua
jangan hanya waktu yang kau penuhi hanya untuk dirimu
kerana pasti disana dikau pasti terasa singkat waktu yang berlalu
tetapi seandainya waktumu terisi untuk agamamu
pasti dikau merasa waktu itu panjang
namun disana sebenarnya andai dikau meletakkan waktumu untuk agamamu
sudah tentu dikau merasakan
waktu itu tidak memadai hanya dengan 24 jam...
kerana kewajipan yang terpundak dibahumu
sebenarnya lebih banyak dari masa yang tersedia

teman-temanku...
manfaatkanlah waktu disisimu...agar waktu yang kita lalui diberkati olehNya...dan sentiasa mendapat pimpinan dariNya

SELAMAT BERCUTI....(^_^)

Jumaat, 19 Jun 2009

MENINGKATKAN FUNGSI KEDUA BAHAGIAN OTAK


Kali ini kita berkongsi pula sedikit ilmu mengenai otak..disini ingin saya ketengahkan beberapa fungsi otak..sebenarnya manusia cukup malas berfikir sebab kena memerah otak untuk berfikir namun kita sebagai hambaNYA dianjurkan untuk berfikir terutamanya tentang kejadian alam ciptaanNya.Ini kerana sambil kita merenung kejadian alam ciptaanNya ,sertakan bersama dengan otak kita yang berfikir hikmah sesuatu kejadian bukan pandangan kosong semata-mata.Barulah disana akan timbul rasa keagungan Allah dan kerdilnya diri kita sebagai hambaNya.

Berfikir juga sebenarnya adalah aktiviti untuk menajamkan otak.Jika kita malas berfikir maka lama kelamaan otak kita akan menjadi tumpul dari sehari ke sehari.Cara bagaimana kita akan tahu otak kita tumpul??

Caranya ialah bilamana kita susah mengingat sesuatu @ bila berbincang dalam sesuatu mesyuarat , kurangnya percambahan fikiran dan idea dari kita..so , berfikirlah untuk menajamkan otak kita..Disamping faktor malas berfikir , pemakanan kita juga akan mempengaruhi tumpulnya otak kita .


Diantara makanan yang boleh mempengaruhi tumpulnya otak kita adalah :

1) bahagian dalam haiwan contoh hati, limpa , pedal ayam dan sebagainya namun
disana hati elok juga untuk orang yang berdarah rendah tp tidak perlu banyak
untuk makannya sekadar keperluan semata-mata.

2) Makanan berperisa contoh ; keropok , Maggie dan apa saja yang berperisa

3) Makanan yang dilabelkan syubhah

4) Makanan pedas ( boleh makan tapi jangan terlalu pedas)


Manakala diantara makanan yang boleh menajamkan otak adalah

1) Kismis ; seeloknya makan pada angka yang ganjil cth 3,5,7,21 kerana ALLAH
itu GANJIL

2) Kurma

3) Badam

4) Habbatussauda’

5) Madu

Kesemua makanan penguat minda tersebut adalah makanan kesukaan Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam.

Para penyelidik otak seperti Dr. Roger Sperry dan Dr. Robert Orstein mendapati bahawa otak manusia terbahagi kepada dua bahagian, digelar otak kiri dan otak kanan. Kedua-dua bahagian otak ini mempunyai tugas atau fungsinya tersendiri. Otak kiri berfungsi dalam mengingati ilmu, data dan fakta; menggunakan fikiran logik, bahasa, matematik, menganalisa, berfikir mengikut urutan dan lain-lain kegiatan yang berbentuk akademik. Otak kana pula melibatkan imaginasi, khayalan, berfikir secara kreatif, irama, emosi, ilham, intuisi, gerak hati, warna, muzik, berfikir secara keseluruhan dan lain-lain aktiviti yang seumpama dengannya.

Kaedah pendidikan di kebanyakan sekolah di seluruh dunia pada hari ini menekankan penggunaan otak kiri sahaja. Pengabaian fungsi otak kanan menyebabkan ia menjadi semakin tumpul dari hari ke hari. Faktor ini mengakibatkan ramai manusia tidak dapat mengecapi keistimewaan yang dinikmati oleh individu-individu yang memiliki otak kanan yang kuat. Walaubagaimanapun, otak kanan yang kuat menjadi kurang bermakna jika kita memiliki otak kiri yang lemah. Jadi kita perlu meningkatkan fungsi otak kanan tanpa mengabaikan otak kiri.

Diantara keistimewaan yang dikecapi oleh individu yang memiliki otak kanan yang kuat :

1. Mudah menguasai ilmu kerohanian dan kebatinan.
2. Daya konsentrasinya sangat tinggi.
3. Kefahaman bahasa yang ulung.
4. Tidak pernah kering idea.
5. Kebolehan menghasilkan generalisasi yang tepat dan jitu.
6. Daya penelitian dan pengamatan yang tinggi.
7. Mempunyai minat yang mendalam terhadap sesuatu bidang yang diceburi.
8. Mudah memahami sesuatu yang abstrak (hakikat sesuatu).
9. Memiliki kekuatan berfikir (power of thinking).
10. Memiliki kemahiran belajar secara cemerlang (power of learning).
11. Memiliki tindakan dan tindak balas yang cepat (power of reflects).


Berbahagialah orang yang mampu menggunakan kedua-dua bahagian otak yang dikurniakan Allah untuknya..

TAJAMKAN MINDAMU,LIGATKAN PUTARAN AKALMU,CERNAKAN FIKIRANMU DEMI KEJAYAAN ISLAM TERCINTA…

Selasa, 16 Jun 2009

RAHSIA HABBATUSSAUDA'


SEDIKIT CORETAN KISAH

Lewat tahun lalu kepulanganku ke tanah air ,menggamit rasa girangnya hati bila dua mata ini dapat menatap dua jasad yang sering dirindui dan disayangi selamanya…yang sekian lama terpisah hampir 4 tahun dek kerana memenuhi tuntutan ilmu di bumi anbiyak ini.Siapa lagi kalau bukan mak dan abah serta adik-adik tersayang.Merekalah insan yang paling banyak berkorban masa , tenaga , dan keringat untuk membesarkan kami adik beradik..peluh keringat mak abah tak terbalas rasanya dengan jasa dan budi yang mereka taburkan untuk membesarkan kami adik beradik.

Selama percutianku di tanah air, banyak waktu dihabiskan bersama mak dan abah bagi melepaskan rindu setelah sekian lama terpisah dek kerana jarak yang membatasi pertemuan kami..seketika kali pertama bertemu mak dan abah di airport penang..hanya mutiara jernih mengalir dari kolam mata ku tanda keriangan dihati bertemu insan istimewa dalam hatiku selama ini.Namun terasa sayu ja hati ini bila kuamati seraut wajah yang kurindui itu..ada garis-garis kedut yang semakin jelas pada wajah keduanya..betapa mak abah bertungkus lumus membanting tenaga demi sesuap nasi bagi meneruskan kehidupan kami sekeluarga..

“Ya Allah kumohon rahmat dan perlindunganMu pada kedua ibubapaku…kasihani mereka sepertimana mereka mengasihiku sejak dari kecil lagi ,murahkan rezeki kami , permudahkan segala urusan kami..sihatkanlah tubuh badan mereka..ya Allah Kau Maha Pengasih Maha Penyayang..”

itulah doaku buat mereka.yang sentiasa kutitipkan setiap kali dahiku mejamah sejadah solat…moga kedua ibubapaku sentiasa dibawah lembayung RahmatNya..

Keberadaanku dirumah tidak mengambil masa yang lama..hanya sebulan 3 minggu sahaja aku disamping mak abah dan keluargaku..adik-adik dah semakin membesar dariku…tinggi lampai belaka..ada yang berisi ada yang kurus.Ketika tempoh itu macam-macam perkara yang berlaku..antaranya yang ingin kukongsikan buat teman pembaca budiman..seketika aku di rumah,adik bongsuku mengalami asma ,penyakitnya sejak dari kecil..ketika itu bulan ramadhan.sakitnya itu terjadi dek kerana dia silap makan…jeli nata de coco..makanan tue memang alahan bagi dia, pastu dia makan ais pulak..hmm..apa lagi datang la sakitnya…dah lama dia tak sakit..kesian tengok dia macam tu..nampak penat..

Ketika nie..aku cuba memperaktikkan ilmu yang aku terima di bumi kinanah ini, seketika dulu aku pernah mengikuti kursus perubatan Islam lewat postingku yang lalu…
Di sini..aku ingin berkongsi pengalaman serba sedikit…mengenai penyakit asma ( lelah )..ketika adikku yang bongsu tu penat..aku cuba buatkan minuman dari madu dan minyak habbatussauda’ yang ku bawa pulang dari mesir..mengikut Tuan Haji Ismail ( Tuan Pengurus HPA Industries ) katanya minyak habbatussauda’ elok untuk penyakit asma…teringat kata2nya aku cuba peraktikkan..samping tu..akau ada terbaca nk minum habbatussauda’ ni kena minum dengan madu untuk yang penyakit asma ja..

CARANYA :

1) ambil gelas kaca dan sudu plastik..
2) kemudian ambil satu sudu kecil minyak habbatussauda’,masukkan dalam gelas
3) kemudian 1 sudu besar madu dan masukkan dalam gelas
4) tuangkan air suam panas .tuang ibarat macam teh tarik ( berbuih )
5) kacau ke kiri ( lawan jam )
6) sambil kacau baca : Al-Fatihah 1x , Al- Ikhlas 3x , selawat syifa’ 3x
kemudian doakan penyembuhan penyakitnya..
7) hembus bacaan tadi bukan hembusan angin ya..Cuma henbusan biasa ja seperti
kita hembus bacaan tadi ke dalam air tersebut..
8) beri pesakit minum dengan jarak dua jam sekali sekiranya teruk @ 1 jam
sekali sekiranya kronik , sekiranya asma yang dialami masih di peringkat
awal ( X TERUK SANGAT ) minum dengan jarak 4 jam sekali..
9) minum sehingga sembuh…insyaAllah dengan hanya 3 kali minum sekiranya
bertindak di awal sakit menyerang..tapi sekiranya lambat untuk minum mungkin
makan masa dalam 4 – 5 kali minum baru lega


TINDAK BALAS HABBATUSSAUDA’

Pesakit akan mengeluarkan kahak / lendir yang tersekat di kerongkong.sebabnya kahak / lendir itu yang menyekat saluran pernafasan / menyempitkan ruang pernafasan dari pesakit bernafas dengan selesa..

Setelah minum.. adik saya mengeluarkan lendir / kahak yang ada pada saluran pernafasannya..dia selalu ke air..pada mula minum keadaannya macam tu, selalu ke bilik air dan selalu buang air kecil sebab ubatan herba selalunya akan bertindak balas begitu untuk membuang toksid dalam badan..namun jangan panic dengan keadaan tersebut kerana dengan minuman kali kedua dan seterusnya pesakita akan beransur pulih tanpa perlu berjumpa doctor..

Disamping minum herba tersebut, dinasihatkan agarkan menyapu minyak habbatussauda’ pada dada pesakit.sapu minyak tu banyak sehingga melemin ( bahasa kedah ) maksudnya macam nmpak dada pesakit ada lebihan minyak.

Alhamdulillah setelah usaha tersebuat sakit adik saya beransur pulih seperti sediakala..pada mulanya abah saya nk bawa adik ke hospital bila tengok keadaan dia macam tu tapi mak saya kata cuba dulu ubat yang bagi tu…dengan izin Allah…dia kembali cergas pada keesokan harinya.



Sebenarnya habbatussauda’ ( bijirin hitam ) ni telah di riwayatkan oleh Rasulullah sallahualaihiwasallam didalam hadisnya yang bermaksud : “ Habbatussauda’ merupakan penyembuh segala penyakit kecuali mati”

Saya percaya dengan apa yang disabdakan oleh baginda Sallahualaihiwasallam kerana setiap apa yang dituturkan , dilakukan oleh baginda adalah wahyu dari Allah..dengan kepercayaan ini , saya berani mencuba ubatan herba ini sekalipun ketika itu adik saya tengah tenat tapi tak da la teruk sangat Cuma dada dia Nampak berombak laju..saya yakin dengan pertolongan Allah.bukan saya tidak mempercayai ubatan kimia tapi sekurang-kurangnya kita berusaha untuk beri suntikan asli dahulu pada badan kita sekiranya ada ubatan asli di rumah kita.


Bukan saya menafikan ya..itu Cuma salah satu usaha kita..sebenarnya habbatussauda’ adalah raja segala ubat.sepertimana sabda Nabi Sallahualaihiwassalam.kekuatan herba habbatussauda’ ini mengatasi madu ( lewat posting saya yang lalu ).sifatnya lebih panas dari madu namun ada caranya untuk minum.
Diantara khasiat yang saya boleh kongsikan bersama walaupun tadi baru saya katakan ianya raja segala penyakit..disini ada beberapa kahsiatnya :

1) mencerdaskan otak
2) melancarkan perjalannan darah
3) menambahkan tenaga dan antibody dalam badan yang berfungsi untuk mengelakkan
penyakit
4) mengembalikan selera makan
5) menghapuskan kolestrol dan bahan toksid dalam badan dan makanan
6) membuang angin
7) mengubati buasir
8) sengugut
9) dan pelbagai penyakit lain


Cara minum ubat ini berbeza dari pnyakit asma ya…cara minumnya sama dengan cara minum madu, cuma bila minuman ini jadi amalan harian kita , banyakan minum air masak..sebab herba sifatnya panas.jadi,sejukkan dengan air..Elok juga dijadikan amalan harian dengan meminum sehari 2 kali ( pagi dan petang )

Akhirnya selamat beramal dengan herba..:) hakikatnya setiap kejadian dimuka bumi ini ada ubatnya sekiranya kita terokai khazanah perubatan dalam Islam.Herba yang saya kongsikan dengan pembaca budiman ini adalah raja segala herba dan menjadi amalan kekasih Allah.bilamana ubatan herba ni jadi amalan kita ibarat kita juga mencontohi sunnah Rasulullah Sallahualaihiwasallam.

Jadikan makananmu sebagai ubatmu
Ubatmu sebagai makananmu
Pelihara diri kerana diri kita amanah Allah yang wajib dipelihara..

Akal yang sihat dari tubuh badan yang sihat
Bila badan sihat senang beribadat…

GELARAN ITU



gelar diri itu
seringkali jadi igauan insan
seketika di ambang remaja
seringkali kuimpikan gelaran itu
ketika aku di tempat itu
terasa kerdilnya diri dengan gelaran itu

duhai siswi azhari
kiluanmu bakal menyinari alam gelap
sinarmu bakal memancar segala
andai dikau tahu
erti gelaran itu
tugasmu dengan gelar itu
bagai tergalas beban berat
di pundak bahumu

namun
siswi azhari
bagaimana rencak tarimu
bagaimana gerak usahamu untuk menyinari alam
dengan sinar ilmu di dadamu
ilmu islami
bisakah mungkin ilmu itu kan sinar dilapangan mujatama'?
andai dirimu
kian alpa dihanyut badai arus masa
yang kian berombak deras
tanpa kau tepis dengan sinar islami yang kau terima
diteratak azhar ini
yang gah namanya diseluruh persada maya
izzah namanya terkenal di jejak anbiyak


tapi
duhai bunga2 azhari yang kian berkembang mekar
kenapa mesti dikau
sama seperti mereka yang tidak punya sinar sepertimu?
adakah dikau tidak punya kekuatan membawa insan ke arus sinar Islami
seperti dirimu?
kemana harus dikau suluh cahaya islami itu?
jika bukan pada mujtama' islam yang dahagakan sinar islami itu
semestinya siswi azhari
tanpa mesti dikau berdalih lagi
dipundakmu tergalas beban membawa insan ke arah sinar islami itu..

tapi seandainya sinar itu
tidak kau sebarkan pada insan digelap cahaya
nescaya kau insan bakhil pada ilmu yang kau miliki
dari curahan gurumu
kerna dirimu tegar menyebar ilmu islami yang kau pelajari
kemana mesti kau curah nur islami
jika tidak pada insan disekelilingmu
yang tidak punya kesempatan waktu
menerima sinar cahaya itu

dikau insan bertuah
duhai puteri azhari
duhai mahasiswi azhari
kerna punya kesempatan waktu berkelana
dipermukiman kinanah ini
tinggikan jemari halusmu
memanjatkan syukurmu padaNya
sebarkan syukurmu padaNya
dengan sebaran sinar Islami pada masyarakat disampingmu
kerana dikau duta kembara ilmu pada negerimu

usah gentar dan takut
berkata benar
kerana kebenaran pasti timbul
sekalipun kebatilan menenggelaminya

bangkitlah..
mujahidah azhari pejuang dinul haq
wakafkan dirimu hanya pada agamaMu
kerana
kesuciannya mengatasi segala kebatilan yang tercipta
usah gusar andai jiwamu tidak terbela
kerana pencipta Din ini sentiasa bersamamu..

goncangkan dunia seisinya
dengan kudrat kasihmu
hanya kerana kita saudara seagama

cemerlang ilmu seiring cemerlang akhlak
cemerlang dirimu cemerlang ISLAM...

Jumaat, 12 Jun 2009

TIDUR DAN SOLAT TAHAJUD




TAHAJUD (SOLAT MALAM)- DARI PERPEKSTIF PERUBATAN

Umumnya manusia mengatakan tidur malam perlu antara enam hingga lapan jam sehari. Tetapi pendapat ini ditolak oleh para saintis Barat seperti Dr Ray Meddis,seorang profesor di Department of Human Sciences, England University of Technology yang mengatakan bahawa manusia sebenarnya perlu tidur malam selama tiga jam sahaja. Waktu tidur boleh dibahagi kepada dua bahagian - tidur ayam dan tidur lelap. Mimpi biasanya berlaku dalam tidur lelap (deep sleep). Manusia perlu berlatih untuk dapat tidur lelap kerana tidur ayam adalah masa berangan-angan yang membuang waktu sahaja. Tidur yang sebenarnya ialah ketika tidur lelap yang mengikut kajian saintis Barat ialah selam tiga jam.Kita merasakan bahawa tidur malam kita selalu tidak cukup. Ini kerana kita tidak terlatih atau mengikut peraturan yang perlu diikuti ketika tidur. Mengikut kajian ahli perubatan Barat, Sebelum kita merasa hendak tidur, mula-mula sekali kita akan merasa mengantuk ( drowsiness ) di mana suhu badan kita akan menurun. Dengan mengatur waktu tidur dan menggunakan jangkasuhu kita boleh latihkan diri kita untuk tidur bila perlu. Tidur Tao, Confucious dan Sikh. Mereka juga mengadakan amalan pada tengah malam seperti 'berzikir' dan membaca kitab suci agama mereka. Untuk mengelak dari rasa mengantuk, mereka berlatih tidur hanya lebih kurang tiga jam atau empat jam sehari malah ada yang kurang dari itu. Antara agama yang dimaksudkan itu ialah agama Buddha, Kristian,Tao, Confusies dan Sikh.

PENDAPAT AHLI SASTERA BARAT

Terdapat juga ahli sastera barat yang menceritakan mengenai kelebihan mengurangkan tidur untuk mencapai kerjaya yang cemerlang. Bila ditanya apakah rahsia kejayaan mereka, mereka menjawab : " The woods are lovely, dark and deep but I have promises to keep and miles to go before I sleep." Maksudnya " Taman itu indah, gelap dan tebal tetapi saya mempunyai temujanji yang mesti ditunaikan dahulu sebelum saya tidur " Pencapaian kerjaya yang tinggi oleh orang-orang ternama tidak didapati serta merta tetapi mereka bekerja keras sehingga larut malam pada waktu sahabat-sahabat mereka sedang nyenyak tidur. " Ini jelas menunjukkan mereka meminimakan waktu tidur untuk mencapai kejayaan dalam hidup mereka. Sekarang kita kembali kepada perbincangan solat tahajud. Apakah kebaikan dan kelebihan yang kita perolehi dari mengerjakan solat tahajud sedangkan ketika itulah manusia sedang nyenyak tidur. Dari segi fikiran logik, kita tidak akan faham bahawa suruhan Allah itu mendatangkan kebaikan. Solat tahajud meneguhkan iman kita, jiwa kita, mental kita untuk menghadapi masalah hidup duniawi dan lain-lain lagi yang Allah Maha Mengetahui. Dari segi sains perubatan pula, kita akan menyedut oksigen khusus yang wujud di atmosfera bumi antara lebih kurang jam tiga pagi hingga terbit matahari dan menggerakkan otot-otot di dalam badan kita ke arah menyegarkan badan dan melicinkan gerak saliran darah. Kedua-dua oksigen dan gerak otot itu sangat penting dalam memastikan kesihatan tubuh badan manusia. Oksigen itu hilang dari atmosfera bumi selepas matahari terbit dan tidak datang lagi sehingga esok pagi. Hanya manusia yang bangun pada waktu ini dapat menikmati oksigen tersebut. Mereka yang bangun tidur lewat tidak merasa nikmat oksigen ini.

RAHSIA PERGERAKAN OTOT DALAM SOLAT

Cuba kita kaji pergerakan otot-otot kita ketika solat.Secara kasar, pada mula kita berdiri tegak
( qiyam ) kemudian angkat kedua tangan bertakbir dan letakkan tangan di atas pusat - kita telah membesarkan rongga dada kita manakala paru-paru akan terasa luas serta menggerakkan otot di kedua belah tangan. Ketika ruku' dengan badan membongkok ke depan dan kedua tangan di atas kepala lutut dan punggung mendatar , sekaligus ianya menggerakkan ruas-ruas tulang punggung, tulang leher, tulang pinggang dan tulang tungkin. Waktu sujud pula, seluruh berat badan terpikul sepenuhnya di atas otot-otot kedua-dua tangan, kaki.dada, perut, punggung, leher dan otot-otot kaki. Lihat sahaja pada waktu sujud ini berapa banyak otot dan persendian yang kita gerakkan. Setelah itu kita bangkit dari sujud. Kita duduk, kemudian kita sujud lagi dan selepas itu kita berdiri kembali. Dalam gerak badan kali ini kita telah secara automatik menggerakkan sejumlah besar otot-otot di dada , bahu, lengan, perut, punggung, peha, kaki bahagian bawahan lain-lain otot lagi. Selain dari itu kita juga melakukan dua macam duduk - pertama duduk antara dua sujud dan kedua duduk tahiyat. Kedua-dua jenis duduk ini menggerakkan tumit , pangkal peha, kelengkang, jari-jari kaki dan lain-lain. Dalam kita memberi salam juga kita gerakkan otot-otot leher tengkuk dan lain-lain. Kalau kita lihat dari dua perkara tersebut di atas iaitu mendapatkan oksigen yang istimewa dan gerak otot-otot yang semuanya ini sudah tentu akan memastikan kesihatan tubuh badan kita. Solat tahajud juga boleh menjauhkan penyakit buah pinggang yang selalu menyerang orang yang banyak tidur dan bangun lewat dari tidur malam. Abdullah Ibnu Umar r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya : " Zikir yang termulia ialah LA ILAHA ILLALLAH dan doa yang terbaik ialah istighfar." Moga Ada Manfaat

BELAJAR DARI ORANG BIJAK




Kiriman dari seorang teman so mari kita kongsi bersama...."Belajar daripada orang bijak"

"HIDUP bukan sekadar menunggu mati meskipun ajal dan maut tetap menanti". Hidup jangan terlalu memikirkan masa hadapan kerana ia akan menjadi racun kepada pemikiran. Rebutlah seberapa banyak peluang yang ada pada hari ini. Pastikan setiap saat yang berlalu tidak sia-sia

Kalau kita pelajar, belajar bersungguh-sungguh dan andainya kita pekerja, jadilah pekerja yang berdaya maju. Belajar, berusaha, berdoa dan bertawakal untuk mencapai kejayaan.

Belajar daripada orang yang bijak. Seseorang itu jahil sekiranya dia berpuas hati dengan hujah orang jahil. Siapakah orang bijak?Sesungguhnya dia adalah orang yang di dalam hatinya sentiasa mengingati saat-saat kematian, mereka sentiasa takut untuk melakukan perkara-perkara sumbang. Siapakah orang yang jahil? Dia ialah orang yang sentiasa memikirkan yang dia akan hidup selama-lamanya.

Justeru, janganlah kita lagukan lagi irama sendu. Nyanyikan lagu-lagu kejayaan. Lemparkan gerhana bulan ke lautan dan berikan SENYUMANMU yang paling manis sepanjang zaman.

JANGANLAH kita memandang rendah erti persahabatan, kerana dalam hidup ini kita tidak mampu melangkah seorang diri tanpa seorang sahabat.

DUA sahabat yang sejati akan selari dalam apa jua bidang yang diceburi, dan saling memahami antara mereka.

TERLALU sukar menjalin persahabatan kerana ia adalah pertautan hati bukan pertautan fikiran, lebih-lebih lagi bukan hubungan kebendaan semata.

TEMAN ketawa bagaikan air di daun keladi walau tercurah tak berkesan TAPI sahabat sejati bagai air lalu walau dicincang ia tak mungkin kan putus.

PERSAHABATAN yang akrab tidak akan dapat dipisahkan melainkan dengan kematian.

Hidup ini penuh dengan kenangan... yang mendewasakannya ialah pengalaman, yang mematangkannya pula ialah cabaran. Pahit manisnya sukar untuk dikenang, sayang sekali untuk dibuang....