Selasa, 13 Mac 2012

Detik bahagia...

Assalamualaikum...

Teman kembaraku...

citrakembara kembali bertamu diruang maya setelah sekian lama menyepi diri...

teman-teman

Sememangnya hidup di dunia ini penuh ranjau berduri...Perlu diharungi dengan sabar dan redha menerima ujian dari Ilahi..suka duka sedih hiba bersilih ganti namun pasti disana Allah memberi ruang untuk kita merasa bahagia dalam kehidupan...

13 Mac , saat yang sangat menghibakan dan mengujakan hati ini...detik rasa tika itu bercampur baur...denyut nadi yang bergerak bagai terhenti dek hanya menanti lafaz yang bakal diucap....

huh....sungguhh tika itu nadi ku bagai hilang entah ke mana. debaran rasa begitu menghimpit jiwa....namun hanya dengan 1x lafaz berpindah segala tanggungjawab sekalipun hati merasa lega dan bersyukur...hakikatnya hati ini terasa hiba dan syahdu sekali saat itu ...tidak terucap dek kata-kata.hanya air muka yang mampu menafsirkan rasa..

hebatnya hukum Tuhan...hanya dengan satu lafaz...aku sudah menjadi milik si dia yang tersayang...Maha Hebat ciptaan Allah kan?Kini ruang-ruang hidupku diisi dengan detik bahagia bersama insan tersayang..rasa tenang hati bersama si dia sayap kananku,diri rasa dilindugi,bahagianya rasa hati bil kita berada dalam percintaan halal berbanding berada dalam keadaan haram ( sebelum kahwin)..

Jangan bercinta sebelum kahwin sebaliknya bercintalah selepas kahwin kerana detik bahagia itu lebih bermakna dan menenangkan hati...(",)

disebalik kehebatan hukum Tuhan, hati terdetik rasa 'hukum Tuhan sebegini hebat masih lagi xmampu ditunaikan oleh insan yang sering berdating,bercouple,berpegangan tangan dan sebagainya...sedangkan hukum Tuhan itu simple dan tidak menyusahkan...manusia sahaja yang menyusahkan keadaan...sedangkan Islam mengajar kita untuk memudahkan perkara yang menjurus ke arah kebaikan...

mengapa perlu memikir yang susah...?mudahkan segala urusan agar hubungan yang haram itu menjadi halal...dosa pun x banyak malah dapat pahala lagi...fikir2kanlah orang yang sering berdating,berpegangan tangan dan sebagainya..

bercinta itu tidak salah kerana manusia yang lahir ke dunia ini juga atas dasar cinta ibu bapa...tetapi yang salahnya apabila manusia salah menafsirkan istilah cinta...manusia salah menggunakan cinta...cinta kepada yang haram mendapat dosa sebaliknya cinta kepada yang halal mendapat pahala...

cintakan bunga,
bunga kan layu,
cintakan manusia,
manusia kan pergi..
cinta kan allah ,
cinta sejati
kerna Dia Pencipta cinta...

firman Allah juga berbunyi ; katakanlah sekiranya kamu mencintai Allah,maka ikutlah aku (Muhammad) nescaya Allah akan mencintai kamu'

renung-renungkan....

sayonara..

Sabtu, 11 September 2010

Citrakembara

Seketika,
Hati hiba,
Seketika,
Hati gembira,
Seketika,
Hati pilu,
Seketika,
Hati ceria,
Seketika,
Hati gundah,
Bagai semuanya teradun mesra dalam peti minda insani,
Betapa sukar mengungkap rasa hati,
Tika sebu minda berputar,
Tiada ungkapan selayaknya untuk bicara rasa,
Namun,
Hakikatnya,
Setiap kejadian milik Pencipta langit & bumi,
Segalanya milik Alkhaliq walau sebesar zarah sekalipun,Walau diri kerdil ini merancang citrakembara penuh istimewa,
Hakikatnya,
DIA MAHA MENGETAHUI SEGALA..Dia selayaknya diatas semua perancangan diri,
Usah gusar andai segala citrakembara terbiar sepi tanpa disapa,
Kerana,
Setiap kejadian itu ada hikmah yang tersembunyi,
Dan pastinya itu sebaik-baik ketentuan,
Gandingkan redha dan sabar dalam diri,
Tentunya jiwakn tenang menghadapi segala kemungkinan,
Siapa kita melawan kehendak RABBUL IZZATI...

(Ya Allah,golongkanlah hambaMu ini dikalangan orang2 yg bersyukur,sabar serta redha dengan setiap ketentuan..amin)

Ahad, 17 Januari 2010

KENAPA SAKIT KEPALA???

Assalamualaikum....

Bertemu lagi....:)

erm ada pertanyaan macam mana nak buat bila sakit kepala?

sebelum tu...nak cerita sikit

selalunya sakit kepala ni punca
1) kurang air dalam badan
2) perjalanan darah kurang sampai ke kepala
3) kurang gula dalam badan
4) tidur tidak mencukupi

erm...selalunya sakit kepala terjadi pada orang yang ada
1) tekanan darah rendah
2) tekanan darah tinggi
3) kencing manis
dsbgnya


sekiranya anda tidak mempunyai penyakit tersebut...alhamdulillah...tp sakit itu petanda sakit yang lain namun anda tidak perlu risau mungkin masih diperingkat awal cuma perlu pencegahan sahaja...

PENCEGAHANNYA

1) selepas bangun tidur pastikan anda menyikat rambut supaya darah dapat mengalir dalam badan dengan baik, dengan itu anda akan merasa segar selepas bangun tidur.semasa menyikat pastikan tulang sikat megenai kulit kepala bertujuan pengaliran darah dengan baik.

2) pastikan minum air 2.5 liter sehari = 0.5 liter setiap kali selepas solat

3) seandainya anda orang yang tidak suka makan manis saya sarankan minum manis tapi dalam keadaan sederhana

jadinya bila sakit kepala minumlah madu sebab dalam madu terkandung banyak vitamin dan mineral yang akan membantu memulih keadaan kita yang kurang stabil ketika itu.insyaAllah dengannya keadaan badan kita akan kembali stabil seperti sediakala...bila minum madu , anda perlu rehatkan badan untuk seketika ( tidur ) supaya sistem tubuh kembali normal.sekiranya sakit masih terasa ulang minum lagi.

sekiranya sakit teruk minum 2 jam sekali , kalau masih boleh bertahan minum 4 jam sekali.sekiranya dengan hanya sekali minum sakit belum sembuh tandanya badan anda perlukan vitamin & mineral yang lebih..insyaAllah sekiranya madu jadi amalan harian sakit kepala @ apa sahaja kurang dijangkiti....insyaAllah.kita berusaha Allah yang menyembuhkan.

4) jangan terlalu memikirkan benda yang remeh...sebab bila terlalu memikir...kita juga akan rasa sakit kepala tandanya Allah suruh kita rehat otak sekejap...

5) jangan terlalu negatif pada sesuatu sebaliknya positifkan dan menerima sesuatu keadaan yang berlaku di sekeliling kita dengan redha bahawa ianya ketentuan Allah...senyumlah pada masalah kerana senyum itu sedekah n pasti kurang sakit kepala anda...:)

saya bukanlah yang terbaik tapi sekadar menolong mengikut kemampuan dan ilmu yang ada...
papun...jagalah kesihatan diri terutama ketika imtihan ni...


ALL THE BEST IN EVERYTHING...:)

Ahad, 10 Januari 2010

KURMA SUSU

Salam kembara......

Terdetik rasa hati nak berkongsi satu lagi ilmu .....erm...apa ya..:)

berkaitan kesihatan....

Sememangnya kesihatan diri amat perlu dititik beratkan oleh setiap insan yang bergelar hamba Allah kerana diri kita ini adalah amanah Allah yang wajib kita pelihara dengan sebaik mungkin...ibarat kita memberi pinjaman barang kepada seseorang dan ketika barang itu dipulangkan kepada kita , ianya dalam keadaan tidak elok...apa perasaan kita???

tentunya sedih dan agak kecewakan sebab si peminjam tidak menjaganya dengan baik...

begitu juga kesihatan diri kita...kita hidup di dunia ini hanya sementara dan diri kita ini hanyalah pinjaman dari Allah semata-mata untuk hidup di muka bumi Allah ini...

Ya...memang benar dan tepat sekali kesakitan itu datangnya dari Allah kerana Allah pencipta segala...namun perlu diingatkan bahawa kewajipan kita terhadap Allah yang memberi pinjaman nikmat kehidupan dan nikmat kesihatan kepada hambanNya agar terpelihara dengan baik...

oleh itu jagalah kesihatan dengan baik...walaupun penyakit itu bukan kita yang mintak untuk datang namun andai kecuaian itu bermula dari kita siapa yang patut dipersalahkan???ALLAH @ kita yang sememangnya cuai dalm menjaga AMANAH ALLAH....apa konklusinya?

Ya...benar sakit itu adalah kafarah dosa yang kita lakukan...Allah ingin menyucikan diri kita dari dosa dengan ditimpa sakit...dan jua kerinduan ALLAH pada rintihan munajat hambanya kepada DIA ALKHALIQ....

ini kita tidak bila hidup senang, bahagia , sihat...Allah kita lupakan sebab tu kadang2 Allah datangkan sakit supaya kita sentiasa mengingatiNya...supaya kita tidak lupa dari mana asal datangnya kita di muka bumi ini...

Namun perlu diingat....ada pepatah mengatakan " mencegah itu lebih baik dari mengubati" kerana bila sakit susah...perlukan perbelanjaan yang banyak,kadang2 nak bergerak macam biasa pun susah perlukan kepada bantuan orang lain....betul x?

saya tidak mahu berceloteh panjang mengenai kesihatan sebab saya yakin dan percaya kalian pembaca bukan dikalangan orang yang tidk faham apa itu kesihatan?bagaimana cara menjaganya?suka saya ingatkan kesihatan itu nikmat Allah yang seringkali manusia lupa untuk menjaganya...percaya @ tidak tanyalah iman kalian ....


erm...kenapa tajuk kurma susu yang saya lakarkan?
ada rahsia disebaliknya
sememangnya kurma ini ada makanan yang disukai oleh Nabi kita begitu juga dengan susu...tapi Rasulullah sebenarnya menyukai susu kambing...namun tidak menjadi masalah andai kalian minum susu lembu sepertimana saranan perubatan supaya minum susu untuk kekuatan tulang...

kenapa mesti gabungan kurma dan susu?

kurma dan susu ini mampu mengubati penyakit gastrik yang dialami oelh sesetengah orang...
caranya....

ambil 3 biji kurma, buangkan bijinya,kupaskan menjadi potongan kecil bukan hancurkan ya,kemudian masak bersama susu( agak segelas susu )...minum setiap pagi sebelum minum.
sebelum minum kacau ke kanan dan bacalah
Al-Fatihah : sekali
Al-Ikhlas : 3 kali
selawat syifa' : 3 kali
kemudian doa untuk sakit sembuh dikurniakan kesihatan yang baik(terpulang nak doa apa pun )

amalkan setiap pagi insyaAllah gastrik kembali sembuh...
pesakit gastrik tidka dibenarkan tahan lapar kerana sel yang ada dalam perutnya sebenarnya sudah tidak seperti sediakala (dinding perut menipis)...sebab tu orang gastrik pedih perut...

erm...apa pun bertawakkal lah setelah berusaha...kita hanya berusaha yang menyembuhkan adalah ALLAH...

Allahu yasyfikum...insyaAllah...:)

RAHSIA SQ3R

Assalamualaikum......

Moga kalian pembaca sentiasa di bawah lembayung rahmat Ilahi n diberkati setiap gerak langkah kalian di muka bumi ini....

pohonan maaf buat kalian kerana lama bolg ni tak update....hehehe:)

kesempatan yang ada ni , diri yang dhoif ingin berkongsi sedikit ilmu buat kalian

Memandangkan kini bahang imtihan makin terasa di kalangan penuntut ilmu bumi kinanah ini , ingin rasanya berkongsi sedikit ilmu dari saya...

RAHSIA SQ3R

Kaedah ini sesuai digunakan buat penuntut ilmu yang ingin mentelaah kitab arab khususnya buku akedemik amnya....

Lazimnya penuntut ilmu kinanah kurang memahami @ kurang menguasai bacaan kitab yang dimiliki menyebabkan kadang2 tekanan imtihan mengundang stress pada jiwa insan kembara ilmu...

kaedah ini saya temui tika saya tahun 1 dibumi kinanah ini dan sehingga sekarang kaedah ini begitu memberi kesan kepada bacaan saya kerana cara ini meyebabkan saya cepat menguasai kitab....percaya @ tidak.. kalian perlu cuba...belum cuba belum tahu....Syukur saya panjatkan pada Ilahi kerana telah menemukan saya dengan kaedah ini...tanpa izinNya belum tentu saya temuinya...

S= SERVEY :

Membaca terlebih dahulu isi kandungan kitab dan mengenal pasti tajuk besar dan topik kecil yang ada dalam kitab .Dengan cara ini kita dapat mengenalpasti perjalanan kitab secara menyeluruh sekaligus sudah membaca kitab secara dasar sebanyak sekali..

Q= QUESTION :

Setelah itu tandakan tajuk besar dan tajuk kecil tadi dengan menggunakan simbol khusus pada setiap tajuk . Contoh : tajuk besar menggunakan sticker merah kesemuanya manakala tajuk kecil pula menggunakan sticker hijau..dsbg.Sticker tersebut letakkan ditepi kitab bukan dalam kitab supaya bila hendak membaca kitab kita boleh lihat secara rambang tajuk2 yang ada.begitu juga tajuk2 kecil didalam tajuk kecil...terpulang kepada kalian ingin menggunakan simbol warna apa..Manakala bagi nombor yang ada dalam kitab, pastikan punya simbol yang khusus supaya kita tidak terkeliru apabila membaca.Pengkelasan ini akan memudahkan kita memahami kitab dengan cepat...Tandakan kesemua tajuk2 tadi sehingga habis 1 kitab tersebut bukan hanya pada tajuk tertentu sahaja..ibaratkan kita membaca kitab sudah 2 kali..

R = READ

Mula membaca keseluruhan kitab.Ketika ini kalian boleh menandakan point penting yang ada pada kitab dan simbol2 khusus untuk setiap tajuk kecil dalam tajuk kecil.Contohnya : untuk ayat Allah tandakan dengan warna tertentu , begitu juga hadis Nabi , nama penyair , nama ulamak dsbg...sekiranya terdapat kalimah yang tak tahu makna jangan tulis makna dibawah kalimah sebaliknya dan seeloknya tulis diruang kosong bahagian atas kitab.Seandainya kalimah tersebut jumpa buat kali kedua tidak perlu tulis buat kali kedua cuma selak pada helaian yang ditulis tadi sahaja sehinggalah ke helaian terakhir...tentunya disana kalian akan mendapati kalimah yang tidak difahami semakin kurang...Cara ini akan menajamkan fikiran kita kerana setiap kali terjumpa kalimah yang sama kita akan cuba mengingati maknanya secara tidak langsung tanpa perlu menulis semula.Baca setiap inci isi dalam kitab tanpa perlu meninggalkan walau sepatah perkataan supaya kefahaman kita terhadap kitab jelas dan terang disamping dapat mengusai kitab tersebut.Bacaan untuk kali ketiga.

R = REVIEW

Mengulangi bacaan selepas membaca ( menghafal ) dengan cara membuat nota.Nota tersebut bukan hanya ditulis tapi sebenarnya nota tersebut adalah hasil dari hafalan kita.Dengan cara ini dapat meningkatkan daya kekuatan hafalan kita.Bacaan untuk kali keempat.

R= RECALL

Ualngi bacaan ketika hampir peperiksaan..terpulang ingin mengulang sehingga berapa kali pun tidak kisah asal apa yang dibaca dapat difahami dan dingati dengan baik dalam minda..

Begitulah caranya....Setiap individu punya gaya bacaan tertentu namun cara ini hanya ingin buat teman yang belum lagi menemui cara yang efektif untuk membaca, memhami dan menguasai kitab secara langsung.Moga 2 dengan sedikit perkongsian ilmu ini dapat membantu kalian pembaca yang bergelar penuntut ilmu untuk berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran

Akhir kalam....CEMERLANGKAN DIRI ANDA UNTUK ISLAM TERCINTA...KECEMERLANGAN ITU PERLU DIBINA DARI KELAINAN BUKAN DARI KEBIASAAN ORANG..SALAM IMTIHAN BUAT SELURUH PENUNTUT AZHAR DI BUMI KINANAH INI....SIRU ALA BARAKATILLAH...(",)

Rabu, 7 Oktober 2009

PESANANKU BUAT TEMAN-TEMAN SEPERJUANGAN

salam kembara ilmu....

kaifahalukum al an?

Harapnya kalian pembaca dalam keadaan sihat wal afiat....
ermm.....lama sungguh x berkarya dialam maya nie ya..
mmm...xda idea nak kongsi sebenarnya...dok karang dalam minda tu ada cuma kena create ayat sikit la nk boh dalam blog ni...tp x terbuat lagi sebab agak sibuk dengan tugas...

Apa pun...

Diri ini ingiin mengajak teman2 pembaca yang masih menuntut ilmu di bumi kinanah untuk terus mengorak langkah membina kecemerlangan diri dari sekarang....usah leka dengan diri..mujahadah lah untuk terus cemerlang dalam pelajaran...

sungguh! kejayaan cemerlang itu memerlukan pengorbanan seorang penuntut ilmu yang berkesungguhan untuk berjaya bukan sekadar kesungguhan untuk berjaya itu hanya berlegar di bicara teman semata tapi perlukan mujahadah yang bersungguh dari tingkah teman.....

keazaman untuk berjaya dengan cemerlang amat penting bagi seorang penuntut ilmu yang rindukan kecemerlangan diri...cemerlang itu cukup manis bila dikecapi.....sungguh! sesuatu kemanisan kecemerlangan perlu didahului dengan keperitan bersungguh untuk berjaya....

usah berlengah andai dirimu ingin berjaya dengan cemerlang....disiplin diri penuntut ilmu lebih utama sekiranya kecemerlangan yang dicari....

CEMERLANGKAN DIRI UNTUK ISLAM YANG TERCINTA...HADIAH PADA IBU & BAPA YANG TERSAYANG...

akhirnya.....SALAM PERJUANGAN & MUJAHADAH BUAT PENUNTUT ILMU....

AYUH KITA KE KULIAH.....UNTUK BERJAYA...(",)

Selasa, 11 Ogos 2009

MASAM MANIS


Salam setulus kasih buat semua teman pembaca...(",)

Lama rasanya x melakar karya di alam maya ni..hehe..
erm..bumi kinanah kini dalam kesibukan keluar natijah..selang banyak hari jugak nak keluar natijah baru...semalam keluar natijah thn 1 syariah..baru2 ni thn 1,2,3 lughah..tak lama lepas ni natijah kuliah lain plak la...

Berdebar rasanya kan bg sapa yg blom kluaq natijah...ala kulli hal..berdoalah selagi ada masa..doa itukan senjata org mukmin...:)

Apa pun...TAHNIAH buat semua teman-teman yang telah berjaya..moga2 kejayaan yang diterima menjadi pemangkin diri untuk terus berjaya dengan lebih cemerlang..jangan merasa cukup dengan kecemerlangan itu semata-mata..terus giatkan diri untk dapat natijah yang lebih cemerlang..

CEMERLANG DIRI CEMERLANG ISLAM..

Namun ingatlah teman-teman,

Kejayaan kita bukan pengukur kejayaan hari esok kerana kejayaan juga ujian dari Allah menguji keimanan seorang hamba pada Khaliqnya..mana tahu mgkn esok kejayaan itu Allah beri pada orang lain,Allah uji pula diri kita dengan kegagalan..nauzubillahi min zalik..Disitu teruji sejauh mana sabar dan redha seorang hamba..

adakah bertambah imannya pada Khaliq @ semakin bongkak dia dengan kejayaan yang dikecapi..
adakah dia Bersyukur dengan kejayaan yang diterima @ tidak..
adakah dia berkongsi ilmu yang diterima bersama teman-teman yang kurang @tidak..itu juga salah satu tanda syukur kita..


Jadinya kepada temen-teman yang sudah berjaya, bantulah teman-teman yang kurang memahami dalam subjek2 yang dia mahir..usah biarkan ilmu itu hanya tersimpan di minda kalian..curahkan sekadar yang termampu...InsyaAllah ilmu kalian akan semakin berkembang bukan semakin berkurang...kerana setiap apa yang kita dapat di dunia ini bukan untuk diri kita semata-mata tetapi untuk kita kongsikan bersam teman-teman lain..disitulah ukhwah kan tersemi indah bersulam keimanan kepada Kahliqnya...:)

Kepada yang kurang bernasib baik...rezeki kalian bukan xada tp mungkin Allah tangguhkan buat sementara waktu..mgkn tahun depan Allah limpahkan rezeki kalian dengan kejayaan yang lebih cemerlang...yang penting usaha kena sungguh2 bukan main2 dh...

stduy biar strunggle,konsisten n fokus bukan struggle tp x konsisten n x fokus

Apa pun kejayaan itu hak mutlak Allah kan...kita yang kena usaha lebih..untuk berjaya dengan cemerlang..namun kejayaan itu kadang datang tanpa kita duga kerana ianya hak milik Allah..

Sepertimana Firman Allah yang bermaksud

"sesungguhnya allah memberi kepada sesiapa yang dikehendaki tanpa dihisab @ dihitung"

k,la dh lama berceloteh ni...

lastly...

MABRUK BUAT SEMUA YANG BERJAYA..& TERSKAN USAHA SELAGI TERDAYA DAN SEHABIS BAIK.. BUAT TEMAN-TEMAN YANG BELUM BERJAYA...SABAR DAN REDHALAH PADA SETIAP KETENTUAN KERANA DIA TAHU HAMBANYA...YANG PENTING BANYAKKAN BERDOA,MEMOHON HARAP HANYA DARINYA BUKAN PADA MANUSIA KERANA DIA PENCIPTA MANUSIA...

SALAM PERJUANGAN BUAT PEJUANG ILMU DI BUMI KINANAH...USAH BERUNDUR SEBELUM BERTEMPUR..
BUAT SEHABIS BAIK & SEDAYA MAMPU UNTUK CEMERLANG DI LAPANGAN ILMU...(",)