Ahad, 10 Januari 2010

KURMA SUSU

Salam kembara......

Terdetik rasa hati nak berkongsi satu lagi ilmu .....erm...apa ya..:)

berkaitan kesihatan....

Sememangnya kesihatan diri amat perlu dititik beratkan oleh setiap insan yang bergelar hamba Allah kerana diri kita ini adalah amanah Allah yang wajib kita pelihara dengan sebaik mungkin...ibarat kita memberi pinjaman barang kepada seseorang dan ketika barang itu dipulangkan kepada kita , ianya dalam keadaan tidak elok...apa perasaan kita???

tentunya sedih dan agak kecewakan sebab si peminjam tidak menjaganya dengan baik...

begitu juga kesihatan diri kita...kita hidup di dunia ini hanya sementara dan diri kita ini hanyalah pinjaman dari Allah semata-mata untuk hidup di muka bumi Allah ini...

Ya...memang benar dan tepat sekali kesakitan itu datangnya dari Allah kerana Allah pencipta segala...namun perlu diingatkan bahawa kewajipan kita terhadap Allah yang memberi pinjaman nikmat kehidupan dan nikmat kesihatan kepada hambanNya agar terpelihara dengan baik...

oleh itu jagalah kesihatan dengan baik...walaupun penyakit itu bukan kita yang mintak untuk datang namun andai kecuaian itu bermula dari kita siapa yang patut dipersalahkan???ALLAH @ kita yang sememangnya cuai dalm menjaga AMANAH ALLAH....apa konklusinya?

Ya...benar sakit itu adalah kafarah dosa yang kita lakukan...Allah ingin menyucikan diri kita dari dosa dengan ditimpa sakit...dan jua kerinduan ALLAH pada rintihan munajat hambanya kepada DIA ALKHALIQ....

ini kita tidak bila hidup senang, bahagia , sihat...Allah kita lupakan sebab tu kadang2 Allah datangkan sakit supaya kita sentiasa mengingatiNya...supaya kita tidak lupa dari mana asal datangnya kita di muka bumi ini...

Namun perlu diingat....ada pepatah mengatakan " mencegah itu lebih baik dari mengubati" kerana bila sakit susah...perlukan perbelanjaan yang banyak,kadang2 nak bergerak macam biasa pun susah perlukan kepada bantuan orang lain....betul x?

saya tidak mahu berceloteh panjang mengenai kesihatan sebab saya yakin dan percaya kalian pembaca bukan dikalangan orang yang tidk faham apa itu kesihatan?bagaimana cara menjaganya?suka saya ingatkan kesihatan itu nikmat Allah yang seringkali manusia lupa untuk menjaganya...percaya @ tidak tanyalah iman kalian ....


erm...kenapa tajuk kurma susu yang saya lakarkan?
ada rahsia disebaliknya
sememangnya kurma ini ada makanan yang disukai oleh Nabi kita begitu juga dengan susu...tapi Rasulullah sebenarnya menyukai susu kambing...namun tidak menjadi masalah andai kalian minum susu lembu sepertimana saranan perubatan supaya minum susu untuk kekuatan tulang...

kenapa mesti gabungan kurma dan susu?

kurma dan susu ini mampu mengubati penyakit gastrik yang dialami oelh sesetengah orang...
caranya....

ambil 3 biji kurma, buangkan bijinya,kupaskan menjadi potongan kecil bukan hancurkan ya,kemudian masak bersama susu( agak segelas susu )...minum setiap pagi sebelum minum.
sebelum minum kacau ke kanan dan bacalah
Al-Fatihah : sekali
Al-Ikhlas : 3 kali
selawat syifa' : 3 kali
kemudian doa untuk sakit sembuh dikurniakan kesihatan yang baik(terpulang nak doa apa pun )

amalkan setiap pagi insyaAllah gastrik kembali sembuh...
pesakit gastrik tidka dibenarkan tahan lapar kerana sel yang ada dalam perutnya sebenarnya sudah tidak seperti sediakala (dinding perut menipis)...sebab tu orang gastrik pedih perut...

erm...apa pun bertawakkal lah setelah berusaha...kita hanya berusaha yang menyembuhkan adalah ALLAH...

Allahu yasyfikum...insyaAllah...:)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan