Sabtu, 11 September 2010

Citrakembara

Seketika,
Hati hiba,
Seketika,
Hati gembira,
Seketika,
Hati pilu,
Seketika,
Hati ceria,
Seketika,
Hati gundah,
Bagai semuanya teradun mesra dalam peti minda insani,
Betapa sukar mengungkap rasa hati,
Tika sebu minda berputar,
Tiada ungkapan selayaknya untuk bicara rasa,
Namun,
Hakikatnya,
Setiap kejadian milik Pencipta langit & bumi,
Segalanya milik Alkhaliq walau sebesar zarah sekalipun,Walau diri kerdil ini merancang citrakembara penuh istimewa,
Hakikatnya,
DIA MAHA MENGETAHUI SEGALA..Dia selayaknya diatas semua perancangan diri,
Usah gusar andai segala citrakembara terbiar sepi tanpa disapa,
Kerana,
Setiap kejadian itu ada hikmah yang tersembunyi,
Dan pastinya itu sebaik-baik ketentuan,
Gandingkan redha dan sabar dalam diri,
Tentunya jiwakn tenang menghadapi segala kemungkinan,
Siapa kita melawan kehendak RABBUL IZZATI...

(Ya Allah,golongkanlah hambaMu ini dikalangan orang2 yg bersyukur,sabar serta redha dengan setiap ketentuan..amin)

Ahad, 17 Januari 2010

KENAPA SAKIT KEPALA???

Assalamualaikum....

Bertemu lagi....:)

erm ada pertanyaan macam mana nak buat bila sakit kepala?

sebelum tu...nak cerita sikit

selalunya sakit kepala ni punca
1) kurang air dalam badan
2) perjalanan darah kurang sampai ke kepala
3) kurang gula dalam badan
4) tidur tidak mencukupi

erm...selalunya sakit kepala terjadi pada orang yang ada
1) tekanan darah rendah
2) tekanan darah tinggi
3) kencing manis
dsbgnya


sekiranya anda tidak mempunyai penyakit tersebut...alhamdulillah...tp sakit itu petanda sakit yang lain namun anda tidak perlu risau mungkin masih diperingkat awal cuma perlu pencegahan sahaja...

PENCEGAHANNYA

1) selepas bangun tidur pastikan anda menyikat rambut supaya darah dapat mengalir dalam badan dengan baik, dengan itu anda akan merasa segar selepas bangun tidur.semasa menyikat pastikan tulang sikat megenai kulit kepala bertujuan pengaliran darah dengan baik.

2) pastikan minum air 2.5 liter sehari = 0.5 liter setiap kali selepas solat

3) seandainya anda orang yang tidak suka makan manis saya sarankan minum manis tapi dalam keadaan sederhana

jadinya bila sakit kepala minumlah madu sebab dalam madu terkandung banyak vitamin dan mineral yang akan membantu memulih keadaan kita yang kurang stabil ketika itu.insyaAllah dengannya keadaan badan kita akan kembali stabil seperti sediakala...bila minum madu , anda perlu rehatkan badan untuk seketika ( tidur ) supaya sistem tubuh kembali normal.sekiranya sakit masih terasa ulang minum lagi.

sekiranya sakit teruk minum 2 jam sekali , kalau masih boleh bertahan minum 4 jam sekali.sekiranya dengan hanya sekali minum sakit belum sembuh tandanya badan anda perlukan vitamin & mineral yang lebih..insyaAllah sekiranya madu jadi amalan harian sakit kepala @ apa sahaja kurang dijangkiti....insyaAllah.kita berusaha Allah yang menyembuhkan.

4) jangan terlalu memikirkan benda yang remeh...sebab bila terlalu memikir...kita juga akan rasa sakit kepala tandanya Allah suruh kita rehat otak sekejap...

5) jangan terlalu negatif pada sesuatu sebaliknya positifkan dan menerima sesuatu keadaan yang berlaku di sekeliling kita dengan redha bahawa ianya ketentuan Allah...senyumlah pada masalah kerana senyum itu sedekah n pasti kurang sakit kepala anda...:)

saya bukanlah yang terbaik tapi sekadar menolong mengikut kemampuan dan ilmu yang ada...
papun...jagalah kesihatan diri terutama ketika imtihan ni...


ALL THE BEST IN EVERYTHING...:)

Ahad, 10 Januari 2010

KURMA SUSU

Salam kembara......

Terdetik rasa hati nak berkongsi satu lagi ilmu .....erm...apa ya..:)

berkaitan kesihatan....

Sememangnya kesihatan diri amat perlu dititik beratkan oleh setiap insan yang bergelar hamba Allah kerana diri kita ini adalah amanah Allah yang wajib kita pelihara dengan sebaik mungkin...ibarat kita memberi pinjaman barang kepada seseorang dan ketika barang itu dipulangkan kepada kita , ianya dalam keadaan tidak elok...apa perasaan kita???

tentunya sedih dan agak kecewakan sebab si peminjam tidak menjaganya dengan baik...

begitu juga kesihatan diri kita...kita hidup di dunia ini hanya sementara dan diri kita ini hanyalah pinjaman dari Allah semata-mata untuk hidup di muka bumi Allah ini...

Ya...memang benar dan tepat sekali kesakitan itu datangnya dari Allah kerana Allah pencipta segala...namun perlu diingatkan bahawa kewajipan kita terhadap Allah yang memberi pinjaman nikmat kehidupan dan nikmat kesihatan kepada hambanNya agar terpelihara dengan baik...

oleh itu jagalah kesihatan dengan baik...walaupun penyakit itu bukan kita yang mintak untuk datang namun andai kecuaian itu bermula dari kita siapa yang patut dipersalahkan???ALLAH @ kita yang sememangnya cuai dalm menjaga AMANAH ALLAH....apa konklusinya?

Ya...benar sakit itu adalah kafarah dosa yang kita lakukan...Allah ingin menyucikan diri kita dari dosa dengan ditimpa sakit...dan jua kerinduan ALLAH pada rintihan munajat hambanya kepada DIA ALKHALIQ....

ini kita tidak bila hidup senang, bahagia , sihat...Allah kita lupakan sebab tu kadang2 Allah datangkan sakit supaya kita sentiasa mengingatiNya...supaya kita tidak lupa dari mana asal datangnya kita di muka bumi ini...

Namun perlu diingat....ada pepatah mengatakan " mencegah itu lebih baik dari mengubati" kerana bila sakit susah...perlukan perbelanjaan yang banyak,kadang2 nak bergerak macam biasa pun susah perlukan kepada bantuan orang lain....betul x?

saya tidak mahu berceloteh panjang mengenai kesihatan sebab saya yakin dan percaya kalian pembaca bukan dikalangan orang yang tidk faham apa itu kesihatan?bagaimana cara menjaganya?suka saya ingatkan kesihatan itu nikmat Allah yang seringkali manusia lupa untuk menjaganya...percaya @ tidak tanyalah iman kalian ....


erm...kenapa tajuk kurma susu yang saya lakarkan?
ada rahsia disebaliknya
sememangnya kurma ini ada makanan yang disukai oleh Nabi kita begitu juga dengan susu...tapi Rasulullah sebenarnya menyukai susu kambing...namun tidak menjadi masalah andai kalian minum susu lembu sepertimana saranan perubatan supaya minum susu untuk kekuatan tulang...

kenapa mesti gabungan kurma dan susu?

kurma dan susu ini mampu mengubati penyakit gastrik yang dialami oelh sesetengah orang...
caranya....

ambil 3 biji kurma, buangkan bijinya,kupaskan menjadi potongan kecil bukan hancurkan ya,kemudian masak bersama susu( agak segelas susu )...minum setiap pagi sebelum minum.
sebelum minum kacau ke kanan dan bacalah
Al-Fatihah : sekali
Al-Ikhlas : 3 kali
selawat syifa' : 3 kali
kemudian doa untuk sakit sembuh dikurniakan kesihatan yang baik(terpulang nak doa apa pun )

amalkan setiap pagi insyaAllah gastrik kembali sembuh...
pesakit gastrik tidka dibenarkan tahan lapar kerana sel yang ada dalam perutnya sebenarnya sudah tidak seperti sediakala (dinding perut menipis)...sebab tu orang gastrik pedih perut...

erm...apa pun bertawakkal lah setelah berusaha...kita hanya berusaha yang menyembuhkan adalah ALLAH...

Allahu yasyfikum...insyaAllah...:)

RAHSIA SQ3R

Assalamualaikum......

Moga kalian pembaca sentiasa di bawah lembayung rahmat Ilahi n diberkati setiap gerak langkah kalian di muka bumi ini....

pohonan maaf buat kalian kerana lama bolg ni tak update....hehehe:)

kesempatan yang ada ni , diri yang dhoif ingin berkongsi sedikit ilmu buat kalian

Memandangkan kini bahang imtihan makin terasa di kalangan penuntut ilmu bumi kinanah ini , ingin rasanya berkongsi sedikit ilmu dari saya...

RAHSIA SQ3R

Kaedah ini sesuai digunakan buat penuntut ilmu yang ingin mentelaah kitab arab khususnya buku akedemik amnya....

Lazimnya penuntut ilmu kinanah kurang memahami @ kurang menguasai bacaan kitab yang dimiliki menyebabkan kadang2 tekanan imtihan mengundang stress pada jiwa insan kembara ilmu...

kaedah ini saya temui tika saya tahun 1 dibumi kinanah ini dan sehingga sekarang kaedah ini begitu memberi kesan kepada bacaan saya kerana cara ini meyebabkan saya cepat menguasai kitab....percaya @ tidak.. kalian perlu cuba...belum cuba belum tahu....Syukur saya panjatkan pada Ilahi kerana telah menemukan saya dengan kaedah ini...tanpa izinNya belum tentu saya temuinya...

S= SERVEY :

Membaca terlebih dahulu isi kandungan kitab dan mengenal pasti tajuk besar dan topik kecil yang ada dalam kitab .Dengan cara ini kita dapat mengenalpasti perjalanan kitab secara menyeluruh sekaligus sudah membaca kitab secara dasar sebanyak sekali..

Q= QUESTION :

Setelah itu tandakan tajuk besar dan tajuk kecil tadi dengan menggunakan simbol khusus pada setiap tajuk . Contoh : tajuk besar menggunakan sticker merah kesemuanya manakala tajuk kecil pula menggunakan sticker hijau..dsbg.Sticker tersebut letakkan ditepi kitab bukan dalam kitab supaya bila hendak membaca kitab kita boleh lihat secara rambang tajuk2 yang ada.begitu juga tajuk2 kecil didalam tajuk kecil...terpulang kepada kalian ingin menggunakan simbol warna apa..Manakala bagi nombor yang ada dalam kitab, pastikan punya simbol yang khusus supaya kita tidak terkeliru apabila membaca.Pengkelasan ini akan memudahkan kita memahami kitab dengan cepat...Tandakan kesemua tajuk2 tadi sehingga habis 1 kitab tersebut bukan hanya pada tajuk tertentu sahaja..ibaratkan kita membaca kitab sudah 2 kali..

R = READ

Mula membaca keseluruhan kitab.Ketika ini kalian boleh menandakan point penting yang ada pada kitab dan simbol2 khusus untuk setiap tajuk kecil dalam tajuk kecil.Contohnya : untuk ayat Allah tandakan dengan warna tertentu , begitu juga hadis Nabi , nama penyair , nama ulamak dsbg...sekiranya terdapat kalimah yang tak tahu makna jangan tulis makna dibawah kalimah sebaliknya dan seeloknya tulis diruang kosong bahagian atas kitab.Seandainya kalimah tersebut jumpa buat kali kedua tidak perlu tulis buat kali kedua cuma selak pada helaian yang ditulis tadi sahaja sehinggalah ke helaian terakhir...tentunya disana kalian akan mendapati kalimah yang tidak difahami semakin kurang...Cara ini akan menajamkan fikiran kita kerana setiap kali terjumpa kalimah yang sama kita akan cuba mengingati maknanya secara tidak langsung tanpa perlu menulis semula.Baca setiap inci isi dalam kitab tanpa perlu meninggalkan walau sepatah perkataan supaya kefahaman kita terhadap kitab jelas dan terang disamping dapat mengusai kitab tersebut.Bacaan untuk kali ketiga.

R = REVIEW

Mengulangi bacaan selepas membaca ( menghafal ) dengan cara membuat nota.Nota tersebut bukan hanya ditulis tapi sebenarnya nota tersebut adalah hasil dari hafalan kita.Dengan cara ini dapat meningkatkan daya kekuatan hafalan kita.Bacaan untuk kali keempat.

R= RECALL

Ualngi bacaan ketika hampir peperiksaan..terpulang ingin mengulang sehingga berapa kali pun tidak kisah asal apa yang dibaca dapat difahami dan dingati dengan baik dalam minda..

Begitulah caranya....Setiap individu punya gaya bacaan tertentu namun cara ini hanya ingin buat teman yang belum lagi menemui cara yang efektif untuk membaca, memhami dan menguasai kitab secara langsung.Moga 2 dengan sedikit perkongsian ilmu ini dapat membantu kalian pembaca yang bergelar penuntut ilmu untuk berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran

Akhir kalam....CEMERLANGKAN DIRI ANDA UNTUK ISLAM TERCINTA...KECEMERLANGAN ITU PERLU DIBINA DARI KELAINAN BUKAN DARI KEBIASAAN ORANG..SALAM IMTIHAN BUAT SELURUH PENUNTUT AZHAR DI BUMI KINANAH INI....SIRU ALA BARAKATILLAH...(",)

Rabu, 7 Oktober 2009

PESANANKU BUAT TEMAN-TEMAN SEPERJUANGAN

salam kembara ilmu....

kaifahalukum al an?

Harapnya kalian pembaca dalam keadaan sihat wal afiat....
ermm.....lama sungguh x berkarya dialam maya nie ya..
mmm...xda idea nak kongsi sebenarnya...dok karang dalam minda tu ada cuma kena create ayat sikit la nk boh dalam blog ni...tp x terbuat lagi sebab agak sibuk dengan tugas...

Apa pun...

Diri ini ingiin mengajak teman2 pembaca yang masih menuntut ilmu di bumi kinanah untuk terus mengorak langkah membina kecemerlangan diri dari sekarang....usah leka dengan diri..mujahadah lah untuk terus cemerlang dalam pelajaran...

sungguh! kejayaan cemerlang itu memerlukan pengorbanan seorang penuntut ilmu yang berkesungguhan untuk berjaya bukan sekadar kesungguhan untuk berjaya itu hanya berlegar di bicara teman semata tapi perlukan mujahadah yang bersungguh dari tingkah teman.....

keazaman untuk berjaya dengan cemerlang amat penting bagi seorang penuntut ilmu yang rindukan kecemerlangan diri...cemerlang itu cukup manis bila dikecapi.....sungguh! sesuatu kemanisan kecemerlangan perlu didahului dengan keperitan bersungguh untuk berjaya....

usah berlengah andai dirimu ingin berjaya dengan cemerlang....disiplin diri penuntut ilmu lebih utama sekiranya kecemerlangan yang dicari....

CEMERLANGKAN DIRI UNTUK ISLAM YANG TERCINTA...HADIAH PADA IBU & BAPA YANG TERSAYANG...

akhirnya.....SALAM PERJUANGAN & MUJAHADAH BUAT PENUNTUT ILMU....

AYUH KITA KE KULIAH.....UNTUK BERJAYA...(",)

Selasa, 11 Ogos 2009

MASAM MANIS


Salam setulus kasih buat semua teman pembaca...(",)

Lama rasanya x melakar karya di alam maya ni..hehe..
erm..bumi kinanah kini dalam kesibukan keluar natijah..selang banyak hari jugak nak keluar natijah baru...semalam keluar natijah thn 1 syariah..baru2 ni thn 1,2,3 lughah..tak lama lepas ni natijah kuliah lain plak la...

Berdebar rasanya kan bg sapa yg blom kluaq natijah...ala kulli hal..berdoalah selagi ada masa..doa itukan senjata org mukmin...:)

Apa pun...TAHNIAH buat semua teman-teman yang telah berjaya..moga2 kejayaan yang diterima menjadi pemangkin diri untuk terus berjaya dengan lebih cemerlang..jangan merasa cukup dengan kecemerlangan itu semata-mata..terus giatkan diri untk dapat natijah yang lebih cemerlang..

CEMERLANG DIRI CEMERLANG ISLAM..

Namun ingatlah teman-teman,

Kejayaan kita bukan pengukur kejayaan hari esok kerana kejayaan juga ujian dari Allah menguji keimanan seorang hamba pada Khaliqnya..mana tahu mgkn esok kejayaan itu Allah beri pada orang lain,Allah uji pula diri kita dengan kegagalan..nauzubillahi min zalik..Disitu teruji sejauh mana sabar dan redha seorang hamba..

adakah bertambah imannya pada Khaliq @ semakin bongkak dia dengan kejayaan yang dikecapi..
adakah dia Bersyukur dengan kejayaan yang diterima @ tidak..
adakah dia berkongsi ilmu yang diterima bersama teman-teman yang kurang @tidak..itu juga salah satu tanda syukur kita..


Jadinya kepada temen-teman yang sudah berjaya, bantulah teman-teman yang kurang memahami dalam subjek2 yang dia mahir..usah biarkan ilmu itu hanya tersimpan di minda kalian..curahkan sekadar yang termampu...InsyaAllah ilmu kalian akan semakin berkembang bukan semakin berkurang...kerana setiap apa yang kita dapat di dunia ini bukan untuk diri kita semata-mata tetapi untuk kita kongsikan bersam teman-teman lain..disitulah ukhwah kan tersemi indah bersulam keimanan kepada Kahliqnya...:)

Kepada yang kurang bernasib baik...rezeki kalian bukan xada tp mungkin Allah tangguhkan buat sementara waktu..mgkn tahun depan Allah limpahkan rezeki kalian dengan kejayaan yang lebih cemerlang...yang penting usaha kena sungguh2 bukan main2 dh...

stduy biar strunggle,konsisten n fokus bukan struggle tp x konsisten n x fokus

Apa pun kejayaan itu hak mutlak Allah kan...kita yang kena usaha lebih..untuk berjaya dengan cemerlang..namun kejayaan itu kadang datang tanpa kita duga kerana ianya hak milik Allah..

Sepertimana Firman Allah yang bermaksud

"sesungguhnya allah memberi kepada sesiapa yang dikehendaki tanpa dihisab @ dihitung"

k,la dh lama berceloteh ni...

lastly...

MABRUK BUAT SEMUA YANG BERJAYA..& TERSKAN USAHA SELAGI TERDAYA DAN SEHABIS BAIK.. BUAT TEMAN-TEMAN YANG BELUM BERJAYA...SABAR DAN REDHALAH PADA SETIAP KETENTUAN KERANA DIA TAHU HAMBANYA...YANG PENTING BANYAKKAN BERDOA,MEMOHON HARAP HANYA DARINYA BUKAN PADA MANUSIA KERANA DIA PENCIPTA MANUSIA...

SALAM PERJUANGAN BUAT PEJUANG ILMU DI BUMI KINANAH...USAH BERUNDUR SEBELUM BERTEMPUR..
BUAT SEHABIS BAIK & SEDAYA MAMPU UNTUK CEMERLANG DI LAPANGAN ILMU...(",)

Selasa, 21 Julai 2009

ISTIMEWANYA AL-IKHLAS


Assalamualaikum..

Salam ukhuwah dari tinta kinanah buat semua teman pembaca..(",)


sejak akhir2 ini,kesibukan begitu menghimpit diri saya sekaligus mengekang jemari ini dari rancakan tarian pena dialam maya...namun bukan salah kesibukan itu kerana dengannya kita mampu mengisi masa dengan sebaiknya dan bermanfaat berbanding masa lapang yang kita ada..moga2 kesibukan diri menjalankan amanah Allah mendapat pandangan disisi Rabbul Izzati..amin...

bicara saya kali ini sekadar ingin berkongsi artikel buat teman melalui emel yang saya terima dari teman di Malaysia.Saya rasakan artikel ni sesuai untuk kita kongsikan bersama ilmu yang kita terima...tak salah rasanya untuk kita berkongsi ilmu malahan ianya lebih baik dari ilmu itu hanya tersimpan di minda dan dada kita sahaja..

sepertimana sabda Rasulullah Sallahu alaihi wassalam.. "sampaikanlah aku walaupun satu ayat"..

bertitik tolak dari hadis tersebut , saya terpanggil untuk posting kali ni membicarakan kelebihan surah Al-Ikhlas walaupun mungkin disana ada dikalangan teman-teman yang sudah mengetahui namun tidak salah rasanya untuk kita saling ingat-memperingati antara satu sama lain...

seperti firman Allah yang bermaksud "dan berilah peringatan sesungguhnya memberi peringatan itu manfaat bagi orang-orang yang beriman"

* * * * * * * * * * *

Begitu banyaknya fadhilat membaca ayat2 Al-Quran, dgn janji-janji Allah pahala dan syurga menanti.

Tetapi manusia masih tergila2 menyanyi dan sibuk menghafal lagu.Padahal itu ternyata kerja yang sia-sia.

Benarlah firman Allah.
"Demi masa! sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,kecuali orang yg beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan2 dgn kebenaran dan berpesan2 dgn kesabaran"

Keutamaan Surah Al-Ikhlas
Sebelum kita membicarakan keutamaan Surah Al-Ikhlas, terlebih dahulu akan disampaikan tentang nama-nama dari Surah Al-Ikhlas itu sendiri. Nama Surah Al-Ikhlas itu jumlahnya ada 20 nama yakni :

1. At-Tafrid.
2. At-Tajrid.
3. At-Tauhid.
4. Al-Ikhlas.
5. An-Najat.
6. Al-Wilayah.
7. An-Nisbah.
8. Al-Ma'rifah.
9. Al-Jamal.
10. Al-Muqasyqasyah.
11. Al-Mu'awwidzah.
12. As-Shamad.
13. Al-Asas.
14. Al-Maani'ah.
15. Al-Muhtadhar.
16. Al-Munfiroh.
17. Al-Baroah.
18. Al-Mudzkiroh.
19. An-Nuur.
20. Al-Insan.

Banyak nama menunjukkan banyak kelebihan. Mengingat Surah ini mengandung akidah yang sangat mendasar, maka keutamaannya cukup banyak. Antara lain sebagai berikut :

1. Hadis riwayat Anas bin Malik, menyatakan bahawa Rasulullah Saw bersabda : "Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas satu kali, seolah-olah dia membaca sepertiga Quran. Barangsiapa membacanya dua kali, seolah-olah dia membaca dua pertiga Quran. Barangsiapa membacanya tiga kali, seolah-olah dia membaca Quran seluruhnya. Dan barangsiapa membacanya sepuluh kali, dibina Allah untuknya sebuah rumah dalam surga terbikin dari permata ya'kut yang berwarna merah."

2. Sabda Rasulullah Saw yang maksudnya : "Hai Aisyah, engkau jangan tidur dulu sebelum engkau kerjakan empat perkara : 1. Khatamkan Al-Quran, 2. Jadikan semua Nabi membelamu nanti pada hari kiamat, 3. Jadikan semua orang mukmin rela kepadamu, dan 4. Kerjakan Haji dan Umrah." Kemudian Rasulullah pun solat, sedangkan Aisyah tinggal ditempat tidur. Selesai Solat, Aisyah pun berkata : "Rasulullah, tebusanmu ibu dan ayahku, Rasulullah suruh saya mengerjakan empat perkara yang saya tidak sanggup melakukannya pada waktu ini." Beliau tersenyum, seraya bersabda : " Apabila engkau membaca Qul Huwallahu Ahad (tiga kali), maka seolah-olah engkau telah mengkhatamkan Al-Quran. Jika engkau membaca selawat kepadaku dan kepada semua Nabi sebelumku, maka kami nanti akan mensyafaatkanmu pada hari kiamat. Dan apabila engkau meminta ampunkan orang-orang mukmin, maka tentu semua mereka nanti akan rela kepadamu. Dan apabila engkau membaca "Subhanallah,Walhamdulillah,Walaailahaillallah, Wallahu Akbar, maka sesungguhnya engkau bererti telah mengerjakan Haji dan Umrah."

Hadis itu menerangkan, sebelum kalian hendak melelapkan mata , maka baik dibaca:

a. Surah Al-Ikhlas tiga kali. Sama pahalanya dengan membaca satu khatam Quran.
b. Solawat kepada Nabi Muhammad Saw dan Nabi-Nabi lainnya, dengan mengucap
: Allahumma Solli 'ala Sayyidina Muhammad Wa ali Muhammad wa'ala jami'il anbiyaai wal mursalin.
c. Mendoakan orang-orang mukmin dengan mengucapkan tiga kali Allahummaghfir
lil muslimina wal muslimat, wal mukiminina wal mukminat.
d. Membaca raja tasbih tiga kali, yakni : Subhanallah, Walhamdulillah, Walailaha
illallah, Wallahu Akbar, Wala haula walaquwwata illa billahil 'aliyyil 'adzim."
Apabila dibaca tiga kali tasbih ini, maka sama pahalanya dengan satu kali Haji dan Umrah.

3. Pada suatu hari seorang laki-laki melaporkan halnya kepada Rasulullah Saw tentang kesusahan hidup yang dideritanya. Ia mohon supaya diajarkan amalan singkat untuk menghilangkan kesempitan hidup itu. Maka Rasulullah Saw menyuruhnya supaya setiap kali masuk ke rumah sendiri, memberi salam kemudian membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Jika rumah kosong tidak ada orang didalam, maka memberi salam kepada Rasulullah Saw kemudian sambil melangkah masuk dibaca tiga kali surah Al-Ikhlas. Laki-laki itupun mengamalkannya, alhamdulillah lapang rezekinya, melimpah sampai kepada jiran tetangganya.

4. Pada suatu hari Rasulullah Saw sedang duduk dalam mesjid Madinah. Tiba-tiba datang rombongan mengusung jenazah untuk di solatkan. Para sahabat mempersilakan Nabi untuk menyembahyangkannya . Beliau bertanya : " Apakah mayat ini meninggalkan hutang ? Mereka menjawab : " Ya, benar, dia meninggalkan hutang sebanyak 4 dirham." Lantas beliau bersabda : " Saya tidak mau menyembahyangkan mayat yang meninggalkan hutang. Solatkan kamulah dia." Pada saat itu Jibril pun datang seraya berkata : "Hai Muhammad, Allah berkirim salam kepadamu. Dia berfirman : "Aku sudah mengutus Jibril menyamar seperti mayat itu dan sudah melunaskan hutangnya. Tegaklah, solatkan dia kerana dian sudah diampuni Allah dan barangsiapa yang ikut menyembahyangkannya , nescaya diampuni Allah pula dosanya."
Nabi Muhammad Saw pun bertanya : " Hai Jibril, dari mana dia memperoleh kehormatan ini "? Jibril menjawab :"Dia mendapat kehormatan itu, kerana setiap hari membaca seratus kali Qul Huwallahu Ahad." Didalamnya terdapat keterangan tentang sifat-sifat Allah dan pujian terhadap-Nya" Hadis itu menunjukkan barangsiapa membaca "Qul Huwallahu Ahad" seratus kali dalam sehari, maka Allah akan melunaskan hutangnya sebelum mati.

5. Rasulullah Saw bersabda yang maksudnya :" Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas pada sakit yang membawa kepada kematiannya, niscaya mayatnya tidak busuk dalam kubur, hadis lain menyatakan tidak terfitnah dalam kuburnya, aman dari kesempitan kuburan, dan para Malaikat akan membawanya dengan sayap-sayapnya melalui titian sirath mustaqim sampai kesurga."

6. Menurut hadis Anas bin Malik, bahawa Rasulullah Saw bersabda : " Barangsiapa membaca Qul Huwallahu Ahad 50 kali, nescaya diampuni dosanya lima puluh tahun."

7. Menurut Hadis Anas bin Malik, Rasulullah Saw bersabda yang maksudnya " Barangsiapa membaca Qul Huwallahu Ahad sepuluh kali dibina Allah untuknya satu istana didalam syurga.Barangsiapa membacanya 20 kali, dibina Allah untuknya dua istana dalam syurga. Barangsiapa membacanya 30 kali maka dibina Allah untuknya tiga istana dalam syurga. Umar bin Khattab berkata : " Ya, Rasulullah, kalau begitu akan banyaklah istana kami dalam syurga" Maka Rasulullah Saw bersabda :"Allah lebih lapang (luas) dari pada itu." Maksudnya, bagi Allah berapapun jumlah istana itu soal mudah.

8. Hadis Anas bin Malik menyatakan bahawa Rasulullah Saw bersabda yang maksudnya : "Barangsiapa membaca Qul Huwallahu Ahad sekali, dia diberkati. Barangsiapa membacanya dua kali dia dan keluarganya diberkati. Barangsiapa membacanya tiga kali, dia, keluarga dan jiran tetangganya diberkati. Barangsiapa membacanya 12 kali, dibina Allah untuknya 12 istana didalam syurga. Jika dibacanya 100 kali, maka dihapuskan Allah dosanya (dosa kecil) selama 50 tahun, kecuali pertumpahan darah dan harta benda. Jika dibacanya 200 kali, dihapuskan dosanya 100 tahun. Jika dibacanya 1000 kali, nescaya sebelum mati telah dilihat atau diperlihatkan kepadanya tempatnya dalam syurga."

9. Menurut hadis riwayat Ibnu Abbas, Nabi Muhammad Saw bersabda yang maksudnya :"Tatkala saya dalam perjalanan Israk Mi'raj kelangit, saya melihat 'Arasy ditegakkan atas 360.000 sudut. Jarak dari satu sudut ke sudut lainnya, kira-kira 300.000 tahun perjalanan. Dibawah setiap sudut itu terdapat 12.000 padang pasir. Panjang setiap padang pasir itu dari matahari terbit ke matahari terbenam. Disetiap padang pasir itu terdapat 80.000 Malaikat membaca Qul Huwallahu Ahad." Selesai membaca mereka menyatakan :"Ya Tuhan, kami hibahkan pahala bacaan kami ini kepada setiap orang yang membaca Surah Al-Ikhlas, baik dia laki-laki maupun wanita." Para sahabat kagum tercengang mendengarnya. Lantas Rasulullah Saw bertanya :"Hairankah kamu, sahabat-sahabatku ? Mereka menjawab : " Ya,benar kami hairan." Beliau melanjutkan :"Demi Allah yang diriku ditangan-Nya, "Qul Huwallahu Ahad" tertulis disayap Jibril. "Allahush Shomad" tertulis disayap Mikail. "Lam Yalid Walam Yulad" tertulis disayap Izrail. "Walam Yakun Lahu kufuan Ahad" tertulis disayap Israfil. Maka barangsiapa diantara ummatku membaca "Qul Huwallahu Ahad" niscaya dikurniai Allah ia pahala orang yang membaca Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran." Kemudian beliau bertanya lagi:"Hairankah kamu, mendengarnya? . Mereka menjawab:"Ya, benar kami hairan." Lantas beliau bersabda :"Demi Allah yang diriku ditangan-Nya, "Qul Huwallahu Ahad" tertulis di kening Abu Bakar Siddiq. "Allahush Shomad" tertulis dikening Umar Al-Faruq. "Lam Yalid Walam Yulad" tertulis dikening Usman Zin-Nurain. Dan "Walam Yakun Lahu Kufuan Ahad " tertulis dikening Ali As-Sakhiy. Maka barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas niscaya dikurniai Allah ia pahala Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali.

10. Menurut Hadis Al-Baihaqi, dari Umamah Al-Bahili, bahawa Jibril telah mendatangi Nabi Saw bersama dengan 70.000 Malaikat di Tabuk Jibril berkata :"Rasulullah, saksikan jenazah Muawiyah dari Tabuk bersama Jibril dan sejumlah Malaikat lain. Kemudian Rasulullah Saw bersabda :" Jibril, apa sebabnya Mu'awiyah beroleh martabat seperti itu.? Jibril menjawab :"Dia memperoleh kehormatan itu, akibat membaca "Qul Huwallahu Ahad setiap hari, sedang berdiri, duduk, ruku' dan berjalan." Demikianlah beberapa kelebihan membaca Qul Huwallahu Ahad.

Maka silakanlah mengamalkannya, dengan ketentuan setiap membacanya, harus dibaca Bismillah. Kerana pernah terjadi seorang laki-laki di Mekkah bermimpi, melihat ratusan ekor burung merpati terbang diatas angkasa kota Mekkah, tetapi tak seekor pun berkepala. Keesokan harinya ditanyakannya kepada seorang ahli ta'bir mimpi. Syeikh ahli ta'bir mimpi itu menyatakan :"Barangkali anda rajin membaca Qul Huwallahu Ahad, tetapi tidak membaca Bismillahirrahmanir rahim dipangkalnya. "

Bismillahirrahmanir rahim itu hurufnya 19, persis sebanyak Malaikat Zabaniyah penunggu neraka. Barangsiapa rajin membaca Bismillahirrahmanir rahim pada setiap memulai pekerjaan yang dibenarkan agama, nescaya ia terhindar dari ancaman Malaikat Zabaniyah.

(Dari Pengajian Al-Habib Ali Bin Abdurrahman Assegaf dan Beberapa Tambahan dari beberapa sumber)