Selasa, 16 Jun 2009

GELARAN ITU



gelar diri itu
seringkali jadi igauan insan
seketika di ambang remaja
seringkali kuimpikan gelaran itu
ketika aku di tempat itu
terasa kerdilnya diri dengan gelaran itu

duhai siswi azhari
kiluanmu bakal menyinari alam gelap
sinarmu bakal memancar segala
andai dikau tahu
erti gelaran itu
tugasmu dengan gelar itu
bagai tergalas beban berat
di pundak bahumu

namun
siswi azhari
bagaimana rencak tarimu
bagaimana gerak usahamu untuk menyinari alam
dengan sinar ilmu di dadamu
ilmu islami
bisakah mungkin ilmu itu kan sinar dilapangan mujatama'?
andai dirimu
kian alpa dihanyut badai arus masa
yang kian berombak deras
tanpa kau tepis dengan sinar islami yang kau terima
diteratak azhar ini
yang gah namanya diseluruh persada maya
izzah namanya terkenal di jejak anbiyak


tapi
duhai bunga2 azhari yang kian berkembang mekar
kenapa mesti dikau
sama seperti mereka yang tidak punya sinar sepertimu?
adakah dikau tidak punya kekuatan membawa insan ke arus sinar Islami
seperti dirimu?
kemana harus dikau suluh cahaya islami itu?
jika bukan pada mujtama' islam yang dahagakan sinar islami itu
semestinya siswi azhari
tanpa mesti dikau berdalih lagi
dipundakmu tergalas beban membawa insan ke arah sinar islami itu..

tapi seandainya sinar itu
tidak kau sebarkan pada insan digelap cahaya
nescaya kau insan bakhil pada ilmu yang kau miliki
dari curahan gurumu
kerna dirimu tegar menyebar ilmu islami yang kau pelajari
kemana mesti kau curah nur islami
jika tidak pada insan disekelilingmu
yang tidak punya kesempatan waktu
menerima sinar cahaya itu

dikau insan bertuah
duhai puteri azhari
duhai mahasiswi azhari
kerna punya kesempatan waktu berkelana
dipermukiman kinanah ini
tinggikan jemari halusmu
memanjatkan syukurmu padaNya
sebarkan syukurmu padaNya
dengan sebaran sinar Islami pada masyarakat disampingmu
kerana dikau duta kembara ilmu pada negerimu

usah gentar dan takut
berkata benar
kerana kebenaran pasti timbul
sekalipun kebatilan menenggelaminya

bangkitlah..
mujahidah azhari pejuang dinul haq
wakafkan dirimu hanya pada agamaMu
kerana
kesuciannya mengatasi segala kebatilan yang tercipta
usah gusar andai jiwamu tidak terbela
kerana pencipta Din ini sentiasa bersamamu..

goncangkan dunia seisinya
dengan kudrat kasihmu
hanya kerana kita saudara seagama

cemerlang ilmu seiring cemerlang akhlak
cemerlang dirimu cemerlang ISLAM...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan