Ahad, 28 Jun 2009

ANTARA BIDADARI DAN PENGHUNI SYURGA

Wahai kakakku,
Kenapakah lemah sangat kaum hawa itu?
Asyik berteman tangis dan sendu sahaja

Wahai adikku
Bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya
Tapi disitulah wahai adikku
Kekuatan bisa melebur ego seorang lelaki
Menjadi izzah yang paling gah
Bahkan lebih gah dari egonya seorang lelaki
Kerana sendu rayunya
Musa Alaihissalam terselamat dari kekejaman Firaun

Duhai adikku
Lembut wanita itu bukan lemah
Tapi senjata
Namun wahai kakakku
Wanita itu fitnah dunia
Pernahkah adikku mendengar
Pesanan ilahi pada hambaNya
“wahai lelaki yang beriman
Tundukkanlah pandanganmu dan tutupkanlah auratmu”

Cuba adik nilai
Pada siapa terlebih dahulu Allah dahulukan pesananNya?
Pada hamba yang bergelar Ar-rijal
Kerana andai si lelaki menjaga pandangannya
Maka tidaka mungkin telihat akan wanita
Yang menjadi fitnah pada dirinya
Dan, tidakalah Allah lupakan pesanan
Buat wanita
Agar memelihara auratnya
Kerana disitulah kehormatannya
Bukan fitnah semata-mata jikalau rijal dan nisa’
Sama-sama mematuhi pesanan Ilahi itu
“sesungguhnya wanita yang beriman
Yang solehah itu lebih baik dari ribuan lelaki yang soleh

Tetapi kakakku
Kenapa wanita itu jadi peragaan?
Tidakkah mereka merasa malu

Wahai adikku sayang
Al-haya’ (sifat malu)
Ada dalam diri setiap insane
Wujudnya seiring nafas insani

Dan , al-haya’ itulah pakaian iman
Pada diri wanita itu
Indah al-haya’ pembenteng diri
Namun
Bilamana al-haya’itu lebur
Imannya runtuh
Kenapa mereka meralakan diri jadi peragaan
Kerana mereka sebenarnya paranoid
Merasakan diri belum cukup menarik
Mereka sebenarnya yang kalah dari segi psikologi
Namun adikku
Wanita solehah itu pasti melindungi diri
Dari perbuatan murka itu

Wahai adikku
1001 keindahan penciptaan manusia
Pandai-pandailah dikau menilai
Antara permata dan debu kilauan pasir

Wahai adikku
Janganlah adik gusar
Tatkala tiada lelaki yang hadir memetikmu
Dan jangan engkau sesekali merendahkan dirimu
Menggugurkan diri , menyembah tanah
Sedangkan engkau sebenarnya
Telah Allah jadikan begitu tinggi martabatmu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan